Image and video hosting by TinyPic
Kamu tidak perlu mengenali kami kerana kami di kalangan kamu semua yang saling memperingatkan kepada Allah dan Rasul.

Tuesday 2 February 2016




Tujuan : Langkah/Guide untuk memudahkan muslimin dan muslimat untuk menunaikan qiamullail secara konsisten sepanjang hidup.

Target : dapat menunaikan sekurang-kurangnya 20 minit qiamullail sepanjang tahun dari pukul 3:40 hingga pukul 4:00 pagi.

Tempoh Berjaya: bergantung pada individu

Kebaikkan :
- meningkatkan keimanan diri
- mendidik diri supaya mudah bangun malam
- latihan untuk mendisiplinkan diri
- doa makbul
- boleh gunakan masa qiam untuk study

Kata-kata penerangan :
- Guide ini diambil oleh kenalan yang mencuba untuk menistiqamahkan qiamnya. Dia mencuba semasa sekolah menengah 2013 dan guide dia amat mudah dan boleh diikuti oleh semua lapisan masyarakat.
- Guide ini mengambil masa lebih kurang setahun untuk mencapai qiam +- 20 minit qiam. Namun, individu boleh decide untuk memendekkan atau memanjangkan tempoh ini.
- Guide bukanlah direka tapi dilakukan sendiri olehnya sehingga dia berjaya.

Guide:
- Pada bulan pertama, istiqamahkan diri untuk qiam pada pukul 4:55. Qiam yang dilakukan hanyalah tahajut 2 rakaat ringkas . Selesai solat, tiada wirik atau doa, terus sambung tidur. Lakukan qiam ini selama sebulan. Rasional : qiam ini hanya bertujuan untuk membiasakan diri bangun malam.
- Pada bulan kedua, istiqamahkan diri untuk qiam pada pukul 4:45. Qiam yang dilakukan hanyalah tahajut 2 rakaat + 1 rakaat witir. Tiada wirik atau doa, terus sambung tidur. Lakukan selama sebulan
- Bulan 3: istiqamahkan diri untuk untuk qiam pada 4:35. Qiam yang dilakukan ialah tahajut 2rakaat + 3 rakaat witir + doa ringkas.
- Bulan 4, qiam pada 4:25. Tahajut 2 rakaat+3 witir+wirik ringkas+doa ringkas. Pada bulan ini, digalakkan untuk membaca surah yang tidak pendek pada satu rakaat witir.
- Bulan 5, qiam pada 4:15. Tahajut 2rakaat+2taubat/hajat+3witir+wirik ringkas+doa ringkas.
- Bulan 6, qiam pada 4:05. Tahajut 2rakaat+2taubat/hajat+3witir+wirik+doa
Itulah secara kasar guide yang boleh diikuti. Apabila berjaya ke bulan-6, istiqamahkan qiam anda sehinggalah anda mencapai 3:40 ataupun lebih awal.

Bacaan
- Tahajut : Surah Al-kafirun dan Al-Ahad
- Witir 1 rakaat: al fatihah sahaja
- 3 witir: 2rakaat pertama surah al-asr(tiada bacaan surah lain utk rakaat kedua). Rakaat ketiga 3qul
- Setelah sampai bulan ke-6, boleh baca surah tidak pendek untuk mengisi + al-asr untuk witir 2 rakaat
- Solat taubat/hajat: ayat kursi dan al-insyira.

Penambahan + Rasional
      Guideline di atas secara mudahnya ialah melakukan qiam selama sebulan dan dalam bulan yang setrusnya melakukan qiam 10 minit awal + penambahan dalam ibadah qiam.Guideline di atas hanyalah apa yang dilakukan oleh kenalan saya itu. Guideline ini fleksible dan boleh diubah sesuai dengan citarasa individu. Contoh, individu boleh melakukan aktiviti qiam yang sama selama 2 bulan kemudian baru menambah ibadah qiam yang lain. Ataupun individu boleh memendekan masa untuk mengawalkan qiam 5 minit.

      Sekiranya dalam masa seminggu, anda lebih banyak terlepas qiam, minggu itu tudak dikira. Dan digalakkan sebelum anda menukar ke rutin yang baru, cuba untuk qiam sekurangnya 5 hari dalam minggu tu. Sekiranya tidak berjaya, tidak digalakkan untuk melakukan penambahan rutin.
Sekiranya berjaya dan telah melakukan penambahan. Pastikan minggu pertama sekurang-kurangnya dapat melakukan qiam selama 4 hari dalam minggu pertama. Sekiranya tidak bejaya, lakukan rutin yang asal selama seminggu kemudian baru lakukan penambahan
Rasional cara qiam di atas ialah ini merupakan cari qiam terbaik iaitu cara qiam nabi Daud. Cara qiamnya ialah ½ tidur, 1/3 qiam dan 1/6 sambung tidur. Walaupun kita mungkin tidak melakukannya seperti nabi Musa, namun kita ambil fundamentalnya iaitu tidur,qiam,tidur. Cara ini akan membuatkan kita kurang mengantuk apabila bangun menunuaikan solat subuh dan melakukan aktiiti harian.

     Mungkin ada yang merasa pelik, kenapa hanya melakukan tahajut tanpa sebarang doa atau wirik. Cara ini bukanlah wajib diikuti bulat-bulat. Cara ini dilakukan oleh kenalan saya dengan fikiran bahawa lebih baik kita buat sesuatu ibadah walaupun mungkin tidak sempurna, tetapi kita istiqamahkan dan menambah baikkan sepanjang perjalanan. Sekiranya anda rasa anda boleh solat tahajut 2 rakaat + 2 rakaat taubat + 3 witir pada bulan pertama maka silakan. Sekiranya tidak maka janganlah tergogop-gopoh. Ingatlah, tergogpoh-gopoh datang daripada syaitan dan berhati-hati daripada Allah s.w.t.
Moga amalan kita diterima Allah.
Wallahualam.
Continue reading