Image and video hosting by TinyPic
Kamu tidak perlu mengenali kami kerana kami di kalangan kamu semua yang saling memperingatkan kepada Allah dan Rasul.

Tuesday 12 April 2016

#DDTConfession Pakar Maksiat


Pakar Maksiat




Aku rasa semua orang pernah rasa bosan, muak dan menyampah. Dah bila menghadap benda sama je setiap hari. Ataupun bosan akan kau rasa bila kau dah melepasi tahap kemuncak. Bila semua benda kau dah terai.

Aku cuba bagi kau paham degan aku samakan dengan realiti kehidupan kita seharian.

Contohnya bila kau pergi melawat Menara KLCC. Mula-mula semua orang akan teruja bila tengok bangunan pencakar langit. Bentuknya yang lawa, berbucu-bucu, tajam-tajam dan yang paling hebat, bangunan tu mampu bertahan berpuluhan tahun tanpa runtuh walaupun tinggi sangat.

Tapi lama-kelamaan kau tak akan rasa apa-apa. Bila kau dah selalu pergi sana, tak pandang Menara tu pun kau rasa tak pe. Tambah lagi bila kau dah kerja sana. Buat dek je.

Apa yang aku nak cakap sekarang ni yang aku dah bosan dengan maksiat yang aku dah buat. Boleh kata dalam seumur hidup aku semua jenis maksiat aku pernah buat. Dah nama pun maksiat mestilah best.

Best pada permulaannya, tapi bila aku pikir balik dalam-dalam. Sia-sia je aku buat semua ni.

Dalam hidup aku, aku kaji apa benda maksiat yang susah yang nak sangat manusia buat. Kalau korang main game macam kita lawan big boss at final stage.

Tapi tu lah, bila aku dah kalahkan big boss, bila aku dah buat maksiat yang boleh dikatakan paling best, aku tetap rasa kosong.

Aku menyesal aku buat maksiat tu, sebab tetap sia-sia. Tetap aku tak rasakan kepuasan.

Kalau boleh aku nak share dengan semua kaki maksiat kat luar sana, janganlah cuba. Tak bawak kau ke mana pun.

Tu Cuma masalah lampau aku, kegelapan aku sebelum aku temui terang. Penyuluh kepada jalan yang betul.

Bila aku dapat terang bulan tu, baru aku tahu ada benda lagi best sebenarnya daripada kejar kehendak manusia. Aku dah selalu jumpa, tapi aku abaikan je bila orang datang pada aku, terangkan pada aku yang syurga itu lagi best. Ada macam-macam. Dari saat tu aku tahu, di dunia ni bukan kehidupan sebenar. Tapi bila lepas mati, baru akan aku dibangkitkan dalam dunia yang tak de tamat tempoh.

So, bila dah lama-lama aku jadi tertarik dengan syurga. Dah aku pun dah takde benda nak buat. Maksiat semua aku dah bosan buat. Aku nak pulak rasa macam mana rasa kepuasan yang kekal.

Then,kalau nak masuk syurga pulak kena ajak orang masuk syurga.

So, aku harap bila aku share pengalaman aku buat maksiat tahap paling tinggi ni dapatlah hentikan korang semua yang baru nak mulakan buat maksiat atau dah buat maksiat, tapi masih meneruskannya. Sebab semua tu sia-sia dan syurga lebih nikmat daripada benda tu semua.

Bila timbul persoalan besar dalam diri aku sama ada adakah Allah akan menerima aku lagi walaupun aku dah bergelumang dalam dosa.

Allah hantarkan seseorang untuk beri jawapan daripada Al-Quran.

“dan juga mereka tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak(yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina;dan sesiapa melakukan demikian, akan mendapat balasan dosa;” (25:68)

Aku dah cuak, dan bertambah cuak bila

“Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat,dan ia pula akan kekal di dalam azab itu denga menerima kehinaan,”(25:69)

But finally,

“Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan(pada tempatnya) kejahatan mereka dengan kebaikan;dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Bila dengar ayat ni aku taklah rasa tenang, tapi aku rasa disayangi. Masih ada peluang untuk aku bertaubat. Dan aku perlu lakukan dengan sehabis baik untuk masuk ke Syurga Allah. Tiada jalan untuk aku patah balik ulangi maksiat. Tinggalnya untuk beriman dan beramal.

Dan aku tak nak tunggu korang jadi macam aku baru nak insaf, sebab gundah gelana dan rasa gelisah bila buat salah mampu jadikan aku hampir gila.
Show comments
Hide comments

1 comment:

  1. Baccarat at PlayOJO Casino: PlayOJO's Review & Ratings
    PlayOJO casino is choegocasino a relatively new online casino deccasino in the UK. They have the name 바카라 사이트 of online baccarat but with a smaller version of the game.

    ReplyDelete