Image and video hosting by TinyPic
Kamu tidak perlu mengenali kami kerana kami di kalangan kamu semua yang saling memperingatkan kepada Allah dan Rasul.

Friday 29 July 2016

Image result for selling money     Perspektif umum: extrovert lebih pandai menjual. Jangkaan ini normal kerana sudah pasti penjual yang lebih banyak bercakap dan ramah dapat closed the deal lebih banyak daripada penjual yang kurang bercakap dan berinteraksi. Adakah betul perspektif ini? Untuk mengesahkan teori ini, seorang sosial psikologist dan professor di Univeristy of Pennyslvania, Adam Grant telah melakukan satu eksperimen. 
     Adam Grant mengumpul 300 penjual dan menyuruh mereka menyelesaikan ujian personaliti untuk mengukur kedudukan mereka dalam introvert-extrovert spektrum dalam skala 1-7. Selepas itu, beliau memantau jualan mereka untuk 3 bulan. Keputusan yang diperoleh: jualan kumpulan introvert tidaklah memberangsangkan, hanya $120 sejam berbanding dengan extrovert, $125 sejam. Namun, jualan purata tertinggi jatuh kepada kumpulan ketiga, ambivert. 

     Ambivert ialah kumpulan yang berada tengah-tengah antara inrovert dan extrovert. Dalam eksperiment tersebut, kumpulan ambivert ini menjual dengan purata $155 sejam! Malah, penjual dengan jualan tertinggi, iaitu $208 sejam, berada dalam kedudukan 4, betul-betul di tengah skala into extro itu. 

     Kenapa begini? Ini kerana sifat seorang penjual extrovert itu, yang terlalu memaksa jualannya kadang-kadang membuatkan seseorang itu tidak selesa. Sifat terlalu banyak bercakap dan kurang mendengar juga menyebabkan mereka tidak memahami kehendak pelanggan yang akhirnya membuatkan pelanggan lari daripada mereka. Ini tidak bermaksud introvert lebih baik. Sifat mereka yang terlalu takut, malu dan tidak pandai memulakan perbualan menyebabkan jualan mereka lebih kurang daripada extrovert. Pertengahanlah yang terbaik. 

     Sebagai seorang muslim, apa pengajaran yang kita boleh ambil dari eksperimen tersebut Eksperimen ini sebenarnya merupakan berita gembira bagi kita,manusia biasa yang bergelar muslim kerana ini bermakud secara puratanya, kita merupakan jurujual/muslim yang terbaik dalam agama ini. Contoh, seorang muslim yang mengajak manusia ke arah kebaikkan, kebanyakkan mereka akan bermula dengan sifat introvert, menunjukan qudwah terlebih dahulu(more action than word). Namun, ini sahaja tidak cukup. Dia haruslah mengajak mereka juga secara terus-terang kerana kerana perkataan juga memberi kesan yang mendalam kepada individu tersebut. Oleh itu, kedua dua sifat ini penting dalam mengajak manusia namun muslim yang terbaik ialah mereka yang dapat mengimbangi 2 sifat tersebut. 

     Allah telah berfirman: 

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga " Adn ". Itulah kemenangan yang besar. (As-Saff, 10-12) 

     Dalam buku To Sell Is Human, penulis mengatakan bahawa terdapat dua jenis perniagaan dan salah satunya ialah moving others, iaitu pelanggan mengorbankan perhatian, masa dan tenaga untuk mendapat sesuatu.Begitulah kehidupan kita ini, satu perniagaan. Kita mengajak manusia untuk mengorbankan perkara-perkara tersebut untuk mendapat keredhaan Allah. Kita beriman, berjuang dan menegakkan agama ini dengan harta,masa dan tenaga kita dan Allah membayarnya dengan syurga yang tidak ternilai harganya. Bukankah ini perniagaan yang mengutungkan?

     Kesimpulannya, sifat ambivert ini sebenarnya ada dalam diri kita. Ini kerana sepertimana ambivert mendapat purata tertinggi dalam jualan, begitulah juga sifat ambivert ini dikatakan terdapat dalam hampir SEMUA manusia. Bila dikatakan umat, ia bermaksud manusia yang sangat ramai. Walaupun anda menganggap anda orang biasa, biasa itulah yang TERBAIK untuk manusia. Firman Allah:

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma`ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. 

Wallahualam.  

Sumber rujukan:
To Sell Is Human, Daniel H.Pink

Continue reading

Saturday 9 July 2016

             
      ISLAM FROM BOTTOM TO TOP

Islam perlu ditegakkan dari bawah ke atas untuk memberikan kesan yang kukuh dan lebih kekal. Merujuk kepada cara yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W pada awal kelahiran Islam, jalan inilah yang telah berjaya menjadikan Islam sebagai penguasa dua per tiga dunia. Bermula dengan kenalan rapat dalam penyebaran Islam secara sulit hingga seluruh masyarakat jahiliyah Arab dengan dakwah secara terang-terangan. Dapat lihat di sini bahawa pendidikan telah digunakan dan bukannya Islam tertegak melalui kuasa untuk menundukkan manusia.
Persoalannya, di manakah Islam itu sendiri? Adakah apabila satu negara yang mempunyai khalifah muncul, itukah tanda Islam? walaupun rakyat negara tersebut tidak senang dengan Islam.
Mengikut pada maratib ‘amal, Islam itu ada dalam tubuh badan manusia itu sendiri. Dengan itu, Islam dapat dikembangkan hingga ke tahap Ustaziyatul Alam. Yang pernah terjadi seketika dulu apabila Islam menjadi rujukan dunia. Jadi, mengapa kita tidak mahu gunakan panduan dan merujuk kepada kejayaan yang pernah dilakar? Ramai yang inginkan hasil segera dan tidak mahu merasa kesakitan yang berpanjangan.
Negara sekular Turki telah dijadikan contoh untuk menegakkan Islam bermula dari atas ke bawah (top to bottom). Ada yang memikirkan apabila berada di atas, dapat menggubal undang-undang, menjadi pihak berkuasa akan menjadikan penyebaran Islam itu lebih senang. Perlu ditekan Turki dan Malaysia ialah dua identiti negara yang berbeza. Tidak dapat dinafikan Turki menjadi negara maju yang ditakbir oleh pemimpin Islam, tapi Erdogan itu sememangnya bermula dari sekular dan diangkat melalui sekular juga.
Apa yang kita mahukan? Tidakkah Islam yang dikekalkan dan terus subur dalam dunia ini? Besar cita-cita tersebut dan tidak terbayar jika umat Islam tidak mahu berkorban dan bersakit untuk melalui jalan panjang ini. Jalan yang membawa kesan yang perlahan tetapi kekal lama. Menjadikan manusia ada pendirian diri dan tidak mudah dibolak balikkan oleh ancaman musuh yang meyerang dari setiap sudut.
Berbalik pada cara semula jadi untuk mendirikan Islam, teguhkan Islam dalam diri seseorang terlebih dahulu. Perbaiki akhlak dan memahamkan tentang Islam yang perlu disebarkan oleh setiap yang memahami keperluan dakwah. Seorang demi seorang hingga batu bata ini lengkap untuk mendirikan sebuah bangunan Islam. dan proses untuk menerbitkan sesebuah bata itu memerlukan kesabaran dan usaha yang tinggi.
Kita diinggatkan untuk mengubah umat ini,
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (13:11)

Umat itu bagaikan bangunan dan setiap individu sebagai batu-bata, untuk mengubah umat tidak lari daripada mengubah seorang umat Islam itu dahulu. 
Continue reading

Friday 1 July 2016

              
     Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah S.W.T kerana kita diberi peluang untuk berpuasa pada bulan ramadan ini. Dengan tinggal 3 hari sahaja lagi untuk berpuasa, saya berharap kita akan lebih bersemangat untuk beramal kerana Ramadan yang datang mungkin tidak sempat untuk kita hayati.

     Wahai orang-orang yang beriman!Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa (al-Baqarah, 2:183)
   
     Sebagaimana puasa telah dilakukan oleh orang terdahulu, puasa juga sebenarnya dilakukan oleh segelintir haiwan. Ayam betina akan berpuasa selama ia mengeram telur. Ikan paus, penguin dan banyak lagi binatang yang berpuasa malah ada yang lebih lama daripada manusia. Kita selalu diingatkan untuk mengambil iktibar daripada kisah-kisah orang terdahulu. Namun, binatang juga sebenarnya mampu memberi peringatan untuk kita dan saya berharap cara puasa ular dan ulat ini mampu memberi pengajaran untuk kita Insha Allah.

     Ular akan bermula puasa apabila ia mahu menyalin kulitnya. Ini kerana apabila ia berpuasa, metabolism ular itu akan meningkat dan akan mencepatkan lagi proses penyalinan kulit. Manakala ulat bulu pula akan berpuasa semasa dalam proses metaformosis. Secara tabie, ular ini ialah ditakuti atau tidak disukai manusia. Ini kerana mungkin sifatnya yang liar, bahaya dan lain-lain lagi. Dan setelah ular itu selesai berpuasa atau menyalin kulit, tabie manusia terhadap ular ini tetap tidak berubah kerana yang berubah hanya kulitnya, bukan sifatnya. Berbeza pula dengan ulat. Sebelum dia berpuasa, sifatnya ialah merosakkan dengan memakan daun dan hodoh. Namun, setelah berakhirnya puasa(metaformosis), ulat ini menjadi makhluk yang sangat berbeza, rama-rama. Kalaulah sebelum ini ia merosakkan, sekarang ia membantu dalam proses pembungaan. Kalau sebelum ini ia hodoh, sekarang manusia sanggup membayar duit untuk pergi ke taman rama-rama.
   
     Begitulah perbandingan dua ekor haiwan yang berpuasa tetapi mempunyai kesan yang berbeza setelah berakhirnya puasa mereka. Soalan untuk kita, puasa sepertimana yang kita mahu?Adakah puasa yang hanya mengubah luaran sahaja seperti ular atau puasa yang mengubah sifat seperti ulat? Ingatlah, seperti ayat Quran di atas, puasa ini bertujuan untuk membentuk manusia menjadi insan yang bertakwa. Kerugian yang amat besar kepada manusia yang berpuasa tetapi tidak mempunyai kesan kepada iman dan kehidupan seharian.

Sebahagian daripada hadis nabi:
     Jibril datang kepada ku dan berkata: Celaka sungguh seorang manusia yang bertemu dengan
Ramadhan, tetapi keluar daripadanya tanpa diampuni dosanya. Lalu aku pun menyebut Amin.

     Kesimpulannya, janganlah kita lupa tujuan kita sebagai hamba Allah berpuasa. Jangan jadikan puasa pada tahun ini hanya sekadar penat menahan lapar dan dahaga. Gunakalah Ramadan ini untuk mentarbiah kita menjadi seorang muslim yang taat dan bertakwa dengan sebenar-benar takwa kepada Allah s.w.t.

     Pada kesempatan ini, saya mengharap kita akan akan bertungkus lumus mengejar malam lailatul qadar dalam ramadan yang berbaki 3 hari sahaja lagi. Cubalah lakukan ibadah secara maksimum yang mungkin dalam mengejar malam ini. Secara peribadi, saya menggalakan untuk kita sekurangkurangnya bertarawih 20 rakaat pada 10 malam ini. Kepada yang merasakan solat tarawih ini memang 8 sahaja, tidak mengapa, gunakanlah masa dengan sebaiknya. Namun pada yang rasa tiada salahnya untuk membuat 20 tetapi buat 8, buatlah 20 untuk baki ramadahan ini. Ini kerana saya mahu mengajak pembaca untuk cuba beribadah sehingga terasa penatnya. Sebagaimana seseorang itu berasa puas setelah penatnya bermain, saya mahu pembaca berasa puas setelah penatnya beribadah.

     Wallahualam.


Continue reading