Image and video hosting by TinyPic
Kamu tidak perlu mengenali kami kerana kami di kalangan kamu semua yang saling memperingatkan kepada Allah dan Rasul.

Sunday 31 May 2015



“Siapa nak masuk syurga?” cikgu tanya
Seluruh kelas angkat tangan.
“siapa nak masuk neraka?” pertanyaan kedua
Hening. Tak ada siapa angkat tangan.
Cliche? Yup, memang.

Nak masuk syurga, kena buat baik.
Buat baik, dapat pahala. Banyak pahala, insyaAllah,masuk syurga.
Buat jahat, dapat dosa. Banyak dosa, insyaAllah, masuk neraka.
Logik yang sangat simple.


Namun, pernahkah kita terfikir, kenapa masih ramai orang yang buat jahat. Kalau ikutkan simple logic tadi, mesti semua orang buat bende baik ja. Betul?
So, kenapa?
“Ouh... ni semua angkara syaitan. Syaitan punye salah”

Okay, kalau macam tuh, kenapa manusia masih ikut? Rasanya muslim satu dunia dah tahu yang syaitan ada di mana-mana dan tak akan berhenti kacau manusia sehingga kiamat. Then, menggunakan penaakulan akal yang waras, kalau kita dah tau yang syaitan akan ajak kita kejalan neraka, kenapa kita masih ikut?

“Erk...”
Baik, mari kita fikir.

Kenapa kita tak pegang api. Kenapa kalau kita nampak benda tajam, kita tak akan pegang sesuka hati.
Sebab... kita percaya yang kalau kita buat bende tu, kita akan sakit. Bukan setakat kita percaya, kita yakin sehingga keyakinan  tu drove kita untuk tak pegang bende tuh.
Jadi mari apply idea yang sama ke dalam persoalan kita tadi. Kalau kita tahu yang untuk masuk syurga, kita kena buat baik, kita akan sentiasa buat benda baik. So, kenapa kita masih buat bende jahat?

Sebab, kepercayaan kita terhadap syurga dan neraka tu masih belum tinggi sehingga membuahkan keyakinan yang akan drove kita untuk tinggal perbuatan mungkar dan sentiasa buat bende baik.
Jadi syurga dan neraka ni siapa yang cipta? Siapa yang memperkenalkan syurga dan neraka ni dekat kita?

Surah Al-Kahfi, ayat 107

"sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh bagi mereka adalah 'surga firdaus menjadi tempat tinggal"



Surah Al-hijr, ayat 43
Dan sesungguhnya Jahannam itu benar-benar tempat yang telah diancamkan kepada mereka (pengikut-pengikut syaitan) semuanya. 


Diatas adalah contoh ayat Al-Quran berkenaan syurga dan neraka.
Baik Al-Quran ni, kata-kata Allah SWT. Jadi, Syurga dan neraka ni Allah yang perkenalkan dekat kita. Jadi, kalau kita masih lakukan perkara mungkar, bermakna kepercayaan kita dekat si dia yang memperkenalkan syurga dan neraka ni masih belum cukup untuk menghalang kita daripada perkara mungkar.

Siapa si Dia tu? Non other than, Allah ‘Azza wa Jalla.
Kepercayaan terhadap Allah SWT...... nama lainnya, IMAN.


Jadi, kalau iman kita sihat dan cergas, insyaAllah, tak ada masalah untuk kita lawan hasutan syaitan, dan terus menerus lakukan perkara baik. Kalau iman kita sakit, hasutan syaitan yang kita sendiri tahu akan membawa keburukan kepada diri kita sendiri pun kita ikut. Na’uzubillah.

Konklusinya, jikalau kita buat perkara mungkar, rasa susah nak buat perkara baik, jangan salahkan syaitan. Masalahnya ada pada iman kita. Banyakkanlah buat perkara yang menyuburkan iman. Baca dan fahami Al-Quran. Solat. Qiamullail. Zikir. InsyaAllah Allah akan tunjuk jalan.

Wallahu’alam
Continue reading

Sunday 24 May 2015

Berhenti sejenak, toleh ke belakang. Teliti sedalam-dalamnya maksud bekas telapak kaki yang dibenamkan seawal pangkal laluan. Itulah diri silam yang sering dibandingkan dengan keadaan sekarang. Dulunya tidak tahu apa-apa kini sudah mula celik. Dan boleh jadi, kelmarinnya suci, hari ini dikotori dosa dan noda.

Ada orang merasakan saat mudanya jahat dan pabila meningkat usia terus ingin melakukan keburukan lebih dasyat kerana alang-alang menyeluk pekasam katanya. Ada pula usia mudanya baik dan setibanya tua, ingin mencari kembali diri yang dikatakan baik di awalnya.

Realitinya kaki berdiri di laluan bermacam persimpangan. Orang bijak sahaja mampu mengharungi perjalanan hingga ke penamat dengan selamat. Orang yang bukan bijak akademik ataupun bijak berbicara, tetapi bijak membuat keputusan dalam hidup. Diri yang pandai memilih haluan yang satu daripada beribu.

Bijak. Kalau jahat, berkehendak menjadi baik. Jika baik, ingin jadi lebih baik. Letak masa silam sebagai pengajaran. Bukan mencari masa silam yang makin lama makin jauh. Naik apa jua kenderaan, mustahil akan sampai ke masa lalu kerana itu sememang tempat paling jauh yang tidak mampu lagi disinggahi.

Saat ini, tengakkan badan dan luruskan pandangan. Lihat masa depan. Ubah apa yang perlu diperbaiki. Jadi apa yang diingini . . .
“sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” (Potongan ayat ke-11, surah ke-13)


“Life is not about finding yourself. Life is about creating yourself” -Realiti

Bina diri sebagaimana kau impi. Parut biar kekal jadi teguran. Fikirkan strategi untuk perancangan diri. Ingat, bersedia untuk kejayaan, bersiap jika gagal. Dalam kata lain, jangan pernah putus asa. Cipta diri baru yang tidak mampu ditumpaskan mana-mana godaan.
Ciptaan diri apakah itu?

Ialah ruh dan susuk yang benar akidah, tinggi ilmu, baik akhlak dan kuat tubuh badan. Datang ribut mahupun taufan, kaki ini pasti tidak goyang. Kerana dunia ini sementara, masa jangan terbuang mencuba kejahatan. Tidak senang ingin keluar dari lubang, tambah lagi bila ajal maut bila-bila masa boleh datang.
Continue reading

Saturday 9 May 2015

Perkenalan pada satu dunia yang asing bukanlah sesuatu yang biasa-biasa. Memori itu adalah memori yang istimewa. Malah, apabila difikirkan kembali, ada terlintas rasa tidak percaya akan semua ini. Namun, inilah hakikatnya, dan inilah juga yang dinamakan takdir Allah s.w.t. Dunia itu adalah dunia 'Dakwah & Tarbiyah'.



Tika pertama kali mendengar istilah 'Dakwah' dan 'Tarbiyah', pastinya akan ada tanggapan bahawa semua ini adalah hal-hal agama dan hanya orang-orang baik sahaja yang layak. Maka, dua keadaan ada dihadapi, samada merasakan diri tidak layak atau merasakan bahawa diri ini layak kerana menganggap diri ini sememangnya baik. Dalam kata mudahnya, rasa rendah diri atau riyak. Ketahuilah, keadaan kedua itu lebih membahayakan. Nau'zubillah. Namun, percayalah bahawa ini adalah kehendak Allah sebagai hidayah atau ujian. Gunalah hak berfikir untuk menerimanya sebagai nikmat atau bala.

Dengan penglibatan ini juga, secara tidak langsung seseorang itu pelu menyerahkan seluruh komitmen dari segi tenaga, masa dan harta untuk dunia 'Dakwah & Tarbiyah'. Maka, adalah perlu untuk seseorang itu melatih disiplin dalam diri untuk memastikan keutuhan diri untuk berbakti demi agama. Dengan keperluan disiplin inilah, tokoh-tokoh dakwah menggariskan beberapa wasilah untuk individu-individu bertuah ini patuhi. 

Dunia 'Dakwah & Tarbiyah' ini juga sering dikaitkan dengan penubuhan satu organisasi yang tersusun dan teratur dari aspek pengurusan dan gerak kerja. Tidak dinafikan, pelbagai organisasi wujud, malahan di Malaysia sendiri terdapat beberapa organisasi yang bergerak aktif sehingga ke peringkat antarabangsa. Dengan itu, setiap individu yang melibatkan diri dalam dunia 'Dakwah & Tarbiah' mempunyai hak memilih untuk bergerak dengan mana-mana organisasi sebagai satu jemaah. Hal ini kerana keperluan untuk berjemaah dalam menggerakkan dakwah dan tarbiyah ini adalah satu keperluan.




Oleh itu, buat individu-individu yang telah melihat peluang untuk sama-sama bergerak dalam dunia 'Dakwah & Tarbiyah' ini, jangan lepaskannya. Peluang ini merupakan satu jalan berbakti untuk agama serta membantu umat akhir zaman dan meneruskan legasi dakwah Rasulullah s.a.w. Biarpun tidak didendang keperwiraan dalam menjelajah dunia ini. Ayuh, bersama kita gerakkan dakwah, perkasakan tarbiyah!
Continue reading