Image and video hosting by TinyPic
Kamu tidak perlu mengenali kami kerana kami di kalangan kamu semua yang saling memperingatkan kepada Allah dan Rasul.

Tuesday 16 August 2016

Prinsip

Prinsip
Prinsip merupakan asas terbesar dan mempunyai nilai yang tinggi dalam kehidupan. Tanpa prinsip yang kukuh seperti yang telah diterapkan dalam akidah Islam, kehidupan manusia bakal terumbang-ambing dan tenggelam dalam perlumbaan mendapatkan dunia. Bukan itu sahaja, jiwa manusia juga akan merasa kosong dan kurang menghargai nikmat yang berada di sekeliling.
Untuk mereka yang sering melihat bunga atau amat menggemari bunga, pernahkah terfikir tentang asal -usul bunga? Jika manusia berasal daripada setitik air, bunga berasal daripada anak benih yang kecil. Dan melihat kepada benih tersebut, umum tidak dapat mengagak tentang rupa bunga tersebut apabila ia mula tumbuh. Samada menjadi bunga orkid ataupun bunga ros.
Jika benih itu telah ditetapkan untuk menjadi bunga kertas, maka ia tetap akan menjadi bunga kertas. Persamaan dengan prinsip ialah, ia tidak akan berubah. Seperti mana manusia yang beramal dengan prinsip yang telah diajar oleh Islam, dengan izin Allah dia tetap akan berjaya.
Apakah sebenarnya prinsip Islam itu? Yang mampu menjadikan seseorang itu berjaya.
Yang paling penting, tidak boleh tidak melainkan dengan menuruti apa yang disuruh oleh Allah dan menjauhkan diri daripada perkara yang Allah larang. Menjadikan Allah sebagai satu-satunya Tuhan yang perlu disembah dan tidak pula membelakangi dengan memuja hawa nafsu dan segala hambatan dunia.
Katakanlah lagi (kepada mereka): " Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah. Kemudian jika kamu berpaling ingkar maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Rasul Allah hanya bertanggungjawab akan apa yang ditugaskan kepadanya, dan kamu pula bertanggungjawab akan apa yang ditugaskan kepada kamu. Dan jika kamu taat kepadanya nescaya kamu beroleh hidayah petunjuk; dan (sebenarnya) Rasul Allah hanyalah bertanggungjawab menyampaikan perintah-perintah Allah dengan penjelasan yang terang nyata".
Cukup sedih memerhatikan keaadaan umat ketika ini yang prinsipnya telah diratah oleh serangan pemikiran oleh barat, tidak lupa juga perang yang dihantar melalui pengaruh teknologi masa kini.

Jika anda membaca tulisan ringkas ini, bersama-samalah memperbaiki prinsip dan bertanyakan kepada diri tentang setinggi manakah letaknya Allah dalam diri mengalahkan nikmat-nikmat yang dikejar di dunia ini. Lupakah diri ini tentang kematian dan azab siksa neraka jika berpaling dari suruhan Allah? 

No comments:

Post a Comment