Image and video hosting by TinyPic
Kamu tidak perlu mengenali kami kerana kami di kalangan kamu semua yang saling memperingatkan kepada Allah dan Rasul.

Saturday 30 April 2016

EGO : Duri Dalam Persahabatan





Tak dapat dinafikan, setiap manusia di muka bumi ini ada kawan, rakan, teman atau apa jua gelaran yang seangkatan dengannya. Dialah tempat kita berkongsi tangis dan tawa. Dialah yang menemani kita sewaktu susah, mendampingi kita sewaktu senang.

That may sounds a lot like a ‘motivational book’-ish sort of sentence, but trust me, most of us do have that someone.



Namun begitu, manusia itu tetap manusia. Namanya manusia itu sudah pasti ada satu sifat yang cukup menarik untuk dibincangkan. Sifat ini timbul dek kerana perasaan superior (yang tidak terkawal) akan diri sendiri. Sifat ini mampu untuk memutuskan ikatan silaturrahim walaupun yang sudah lama terjalin. Na’uzubillah.

Dan ohh… sifat itu ialah EGO.

Tidak dinafikan bahawa sifat ego ini teramatlah sukar untuk dibendung. Lebih-lebih lagi kita hidup dizaman dimana manusia itu semakin lantang melontarkan pendapat masing-masing. Sudah tentunya pendapat sendiri akan dirasakan lebih ‘masuk akal’.

There are always two sides of a coin.



Berkenaan isu ‘pendapat’ ini, kisah solat asar ketika peperangan bani quraizah bagi saya membawa makna yang sangat besar untuk kita memahami hakikat perbezaan di dalam hidup ini.

Kisah penuhnya panjang, tetapi saya kira cukup untuk kita sekadar memahami perkara berikut;

“Janganlah ada satupun yang shalat ‘Ashar kecuali di perkampungan Bani Quraizhah”
 [HR. Bukhâri, al-Fath, 15/293, no. 4119]

Para sahabat berbeza pendapat dalam menafsirkan hadis ini, ada yang berkata solat asar harus dilakukan di bani quraizah walaupunsudah terkeluar daripada waktu dan ada pula yang mengatakan waktu solat lebih utama untuk dijaga. Apabila dirujuk kepada Rasulullah, Rasulullah menerima pendapat kedua-duanya. Dan sangat indah akhlak para sahabat, dalam berbeza pendapat tetap dikekalkan persahabatan antara mereka dan tidak digaduh-gaduhkan.

Daripada kisah ini jelas, berbezaan pendapat itu berlaku sejak sebelum Rasulullah wafat lagi. Namun keprofesionalan para sahabat dalam mengendalikan perbezaan pendapat ini sangatlah mengagumkan. Mereka sangat hampir dengan Rasulullah, mereka sangat faham situasi keadaan hadis tersebut, jadi, they have all the reasons untuk merasakan yang tafsiran mereka tepat. Namun mereka tetap menghormati pandangan yang lain dan akhirnya isu itu diselesaikan dengan aman. 

Satu perkara lagi,cantiknya kisah ini adalah apabila Rasulullah menerima kedua-dua pandangan tersebut. Ini menunjukkan, dengan jelasnya, bahawa bukan siapa betul atau siapa salah soalnya, namun sejauh mana kita, dengan kefahaman yang kita ada, cuba semaksima mungkin untuk menunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang muslim.

Mengaplikasikan kefahaman ini dalam persahabatan, terkadang, apabila terjadi sesuatu situasi dimana kita perlu untuk berpendapat, dan sahabat kita mempunyai pendapat yang berbeza, ingat dan renungkanlah kisah ini. Sayangilah persahabatan kita. Campak ego kita itu sejauh-jaunya. Luangkan masa untuk mendengar pendapat orang lain.

Perbezaan itu fitrah, namun bagaimana kita menguruskannya yang menentukan sama ada ia musibah ataupun anugerah.


Sama-samalah kita berusaha menjadi sahabat yang baik kerana persahabatan sesama muslim itu jauh lebih bernilai daripada ego kita. Wallahu’alam.

No comments:

Post a Comment