Image and video hosting by TinyPic
Kamu tidak perlu mengenali kami kerana kami di kalangan kamu semua yang saling memperingatkan kepada Allah dan Rasul.

Friday, 1 July 2016

PUASA ULAR VS PUASA ULAT

              
     Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah S.W.T kerana kita diberi peluang untuk berpuasa pada bulan ramadan ini. Dengan tinggal 3 hari sahaja lagi untuk berpuasa, saya berharap kita akan lebih bersemangat untuk beramal kerana Ramadan yang datang mungkin tidak sempat untuk kita hayati.

     Wahai orang-orang yang beriman!Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa (al-Baqarah, 2:183)
   
     Sebagaimana puasa telah dilakukan oleh orang terdahulu, puasa juga sebenarnya dilakukan oleh segelintir haiwan. Ayam betina akan berpuasa selama ia mengeram telur. Ikan paus, penguin dan banyak lagi binatang yang berpuasa malah ada yang lebih lama daripada manusia. Kita selalu diingatkan untuk mengambil iktibar daripada kisah-kisah orang terdahulu. Namun, binatang juga sebenarnya mampu memberi peringatan untuk kita dan saya berharap cara puasa ular dan ulat ini mampu memberi pengajaran untuk kita Insha Allah.

     Ular akan bermula puasa apabila ia mahu menyalin kulitnya. Ini kerana apabila ia berpuasa, metabolism ular itu akan meningkat dan akan mencepatkan lagi proses penyalinan kulit. Manakala ulat bulu pula akan berpuasa semasa dalam proses metaformosis. Secara tabie, ular ini ialah ditakuti atau tidak disukai manusia. Ini kerana mungkin sifatnya yang liar, bahaya dan lain-lain lagi. Dan setelah ular itu selesai berpuasa atau menyalin kulit, tabie manusia terhadap ular ini tetap tidak berubah kerana yang berubah hanya kulitnya, bukan sifatnya. Berbeza pula dengan ulat. Sebelum dia berpuasa, sifatnya ialah merosakkan dengan memakan daun dan hodoh. Namun, setelah berakhirnya puasa(metaformosis), ulat ini menjadi makhluk yang sangat berbeza, rama-rama. Kalaulah sebelum ini ia merosakkan, sekarang ia membantu dalam proses pembungaan. Kalau sebelum ini ia hodoh, sekarang manusia sanggup membayar duit untuk pergi ke taman rama-rama.
   
     Begitulah perbandingan dua ekor haiwan yang berpuasa tetapi mempunyai kesan yang berbeza setelah berakhirnya puasa mereka. Soalan untuk kita, puasa sepertimana yang kita mahu?Adakah puasa yang hanya mengubah luaran sahaja seperti ular atau puasa yang mengubah sifat seperti ulat? Ingatlah, seperti ayat Quran di atas, puasa ini bertujuan untuk membentuk manusia menjadi insan yang bertakwa. Kerugian yang amat besar kepada manusia yang berpuasa tetapi tidak mempunyai kesan kepada iman dan kehidupan seharian.

Sebahagian daripada hadis nabi:
     Jibril datang kepada ku dan berkata: Celaka sungguh seorang manusia yang bertemu dengan
Ramadhan, tetapi keluar daripadanya tanpa diampuni dosanya. Lalu aku pun menyebut Amin.

     Kesimpulannya, janganlah kita lupa tujuan kita sebagai hamba Allah berpuasa. Jangan jadikan puasa pada tahun ini hanya sekadar penat menahan lapar dan dahaga. Gunakalah Ramadan ini untuk mentarbiah kita menjadi seorang muslim yang taat dan bertakwa dengan sebenar-benar takwa kepada Allah s.w.t.

     Pada kesempatan ini, saya mengharap kita akan akan bertungkus lumus mengejar malam lailatul qadar dalam ramadan yang berbaki 3 hari sahaja lagi. Cubalah lakukan ibadah secara maksimum yang mungkin dalam mengejar malam ini. Secara peribadi, saya menggalakan untuk kita sekurangkurangnya bertarawih 20 rakaat pada 10 malam ini. Kepada yang merasakan solat tarawih ini memang 8 sahaja, tidak mengapa, gunakanlah masa dengan sebaiknya. Namun pada yang rasa tiada salahnya untuk membuat 20 tetapi buat 8, buatlah 20 untuk baki ramadahan ini. Ini kerana saya mahu mengajak pembaca untuk cuba beribadah sehingga terasa penatnya. Sebagaimana seseorang itu berasa puas setelah penatnya bermain, saya mahu pembaca berasa puas setelah penatnya beribadah.

     Wallahualam.


No comments:

Post a Comment