Image and video hosting by TinyPic
Kamu tidak perlu mengenali kami kerana kami di kalangan kamu semua yang saling memperingatkan kepada Allah dan Rasul.

Tuesday 30 August 2016

31 ogos 20X3
   
Hari ini merupakan pertama aku mewakili sekolah aku untuk perarakan kemerdekaan di stadium XYZ. Dapat aku lihat betapa meriahnya perarakan ini dengan penglibatan pelbagai pihak seperti polis,askar , bomba dan banyak lagi. Setelah tamatnya perarakan daripada sekolah aku, kami perlu menunggu sehingga semua acara tamat sebelum ini. Melihat kebosanan murid-muridnya menunggu, maka cikgu pun bertanya kepada kami, ‘Apakah maksud kemerdekaan?’ Sebagai pelajar darjah satu, jawapan majoriti yang diberikan ialah; ‘Merdeka tu setiap 31 Ogos dan masa tu satu Malaysia cuti’. Cikguku tertawa kecil mendengar jawapan kami lalu berkata,’Merdeka itu ialah pembebasan tanah melayu daripada dijajah oleh british dan tarikhnya pada 31 Ogos 1957 dan rakyat Malaysia memperingatinya dengan menyambut hari kemerdekaan pada setiap 31 Ogos. Ramai daripada kami mengangguk tanda memahami maksud ‘sebenar’ kemerdekaan.

31 Ogos 20X5

 Merdeka!Merdeka!Merdeka! Aku melihat di television perarakan kemerdekaan pada tahun XX. Perarakan pada tahun ini jauh lagi hebat dan meriah berbanding ketika aku mewakili sekolah aku dahulu. Begitu juga perasaan aku, perasaan gembira dan bangga dengan Malaysia ketika ku kanak-kanak saban tahun makin pudar. Kenapa? Itulah soalan yang sering di benak fikiran aku. Mungkin kerana walaupun negara ini merdeka, aku lihat masih ramai kawanku yang berfoya-foya tanpa tujuan, melakukan banyak aktiviti songsang. Mungkin juga kerana walaupun negara ini merdeka, aku lihat pimpinan negara bercelaru, bergaduh semata-mata untuk mempertahankan kerusi mereka di parlimen. Atau mungkin kerana diriku ini yang masih terperangkap dalam dunia maksiat. Persoalan ini sering ku fikirkan jawapannya namun jawapan terbaik yang aku dapati hanyalah sebuah teori. Teori di mana manusia tidak akan terlepas daripada perhambaan. Memerdekakan diri dari satu penjajahan sebenarnya hanya memasuki manusia itu ke perhambaan lain. Malangnya, tidak siapa yang dapat mengesahkan jawapan aku ini.....

31 Ogos 20XX

 Aku tidak dapat menahan lagi. Aku harus mengetahui jawapan yang sudah terbenak dalam fikiran aku sejak sekian lama hari ni juga. Terasa amat tertekan apabila aku merasakan kemerdekaan ini tidak ada nilai lagi walaupun aku tahu tidak mungkin itu benar. Maka aku pun menceritakan perkara ini kepada senior aku. ‘ Bang, adakah kemerdekaan itu memang wujud dan boleh dicapai?’. Maka dia terdiam seketika memikirkan jawapan yang sesuai. Aku merenung lama mukanya sehingga akhirnya terukir satu senyuman darinya. Dia pun menjawab ‘ abang akan ulang apa yang Saidina Rib’ie bi n A’mir katakan kepada panglima Parsi,Rustum; Allah telah mengutuskan kami untuk mengeluarkan manusia daripada penyembahan sesama makhluk kepada penyembahan Allah Ta'ala, daripada kesempitan dunia kepada dunia yang lapang, daripada kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam. Itulah kemerdekaan yang hakiki’. Hatiku terus terbentak mendengar jawapan itu, aku terus balik ke bilikku dan terus menangis kesedihan dalam masa yang sama juga ku menangis kegembiraan. Aku gembira kerana akhirnya aku mendapat jawapan yang aku tercari-cari selama berpuluh tahun ini dan sedih kerana aku baru tersedar yang diriku sebenarnya masih belum merdeka. Malam itu aku bertekad, sudah tiba masanya aku mendapat kemerdekaan yang sebenar.....

31 Ogos 20X3

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana masih memberi aku peluang untuk menyambut ulang tahun kemerdekaan Malaysia buat kali XX. Sehingga sekarang masih aku ingat dengan jelas kata kata naqib aku dan sejak itulah aku mula mengubah diriku sedikit demi sedikit. Syukur kerana Allah memilih aku dalam kalangan yang mendapat hidayah dan kesedaran yang sebenar tentang Islam. Walaubagaimanapun , masih ramai lagi rakyat Malaysia tidak bertuah sepertiku, mereka gembira menyambut kemederkaan tanpa menyedari yang mereka sebenarnya masih dalam jajahan kejahilan dan kekufuran sepertimana aku yang dahulu. Maka, atas rasa kasih sayang, akan aku menggunakan segala jiwa dan raga aku untuk membebaskan rakyat Malaysia menuju kemerdekaan yang hakiki. Dengan ini, sambutan kemerdekaan setiap 31 Ogos bukan hanya untuk meraikan kemederkaan Malaysia, tetapi sebagai peringatan kepadaku untuk berjuang menjadikan semua rakyat malaysia ini sebagai anak merdeka!!

Wallahualam.

Allah memberikan satu misal perbandingan: Seorang hamba lelaki yang dimiliki oleh beberapa orang yang berkongsi yang bertentangan tabiat dan kemahuannya dan seorang hamba lelaki yang lain hanya dimilik oleh seorang sahaja; adakah kedua-dua hamba itu sama keadaannya (Tentulah tidak sama). Ucaplah: Alhamdulillah (sebagai bersyukur terhadap penjelasan soal tauhid itu) bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik) tidak mengetahui (hakikat tauhid). [al-Zumar : 29]

Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaKu. [al-Dzariyat : 29]
Continue reading

Tuesday 16 August 2016

Prinsip
Prinsip merupakan asas terbesar dan mempunyai nilai yang tinggi dalam kehidupan. Tanpa prinsip yang kukuh seperti yang telah diterapkan dalam akidah Islam, kehidupan manusia bakal terumbang-ambing dan tenggelam dalam perlumbaan mendapatkan dunia. Bukan itu sahaja, jiwa manusia juga akan merasa kosong dan kurang menghargai nikmat yang berada di sekeliling.
Untuk mereka yang sering melihat bunga atau amat menggemari bunga, pernahkah terfikir tentang asal -usul bunga? Jika manusia berasal daripada setitik air, bunga berasal daripada anak benih yang kecil. Dan melihat kepada benih tersebut, umum tidak dapat mengagak tentang rupa bunga tersebut apabila ia mula tumbuh. Samada menjadi bunga orkid ataupun bunga ros.
Jika benih itu telah ditetapkan untuk menjadi bunga kertas, maka ia tetap akan menjadi bunga kertas. Persamaan dengan prinsip ialah, ia tidak akan berubah. Seperti mana manusia yang beramal dengan prinsip yang telah diajar oleh Islam, dengan izin Allah dia tetap akan berjaya.
Apakah sebenarnya prinsip Islam itu? Yang mampu menjadikan seseorang itu berjaya.
Yang paling penting, tidak boleh tidak melainkan dengan menuruti apa yang disuruh oleh Allah dan menjauhkan diri daripada perkara yang Allah larang. Menjadikan Allah sebagai satu-satunya Tuhan yang perlu disembah dan tidak pula membelakangi dengan memuja hawa nafsu dan segala hambatan dunia.
Katakanlah lagi (kepada mereka): " Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah. Kemudian jika kamu berpaling ingkar maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Rasul Allah hanya bertanggungjawab akan apa yang ditugaskan kepadanya, dan kamu pula bertanggungjawab akan apa yang ditugaskan kepada kamu. Dan jika kamu taat kepadanya nescaya kamu beroleh hidayah petunjuk; dan (sebenarnya) Rasul Allah hanyalah bertanggungjawab menyampaikan perintah-perintah Allah dengan penjelasan yang terang nyata".
Cukup sedih memerhatikan keaadaan umat ketika ini yang prinsipnya telah diratah oleh serangan pemikiran oleh barat, tidak lupa juga perang yang dihantar melalui pengaruh teknologi masa kini.

Jika anda membaca tulisan ringkas ini, bersama-samalah memperbaiki prinsip dan bertanyakan kepada diri tentang setinggi manakah letaknya Allah dalam diri mengalahkan nikmat-nikmat yang dikejar di dunia ini. Lupakah diri ini tentang kematian dan azab siksa neraka jika berpaling dari suruhan Allah? 
Continue reading

Friday 12 August 2016

Manusia hari ini dibelenggu kekeliruan

Hampir setiap hari kita keliru.
Hampir setiap perkara telah berjaya dikelirukan.
Hampir sepanjang hidup kita hidup dalam kekeliruan.
Banyak benda manusia hari ini terkeliru atau dikelirukan.
Antaranya ialah Kekeliruan Hidup Sebenar.



Suatu hari, sedang aku scroll Mukabuku, jari aku tertarik dengan satu video. Aku pun tekan play.
I thought it was a comedy, but it is not.
Dalam video itu ada seorang lelaki tanpa rambut. Hehhe.
Dia pegang satu tali. Sangat panjang tali itu. Ada la dalam 3 meter. Pada hujung tali itu ada tanda warna merah, panjangnya dalam 5cm.

Aku sangat hairan dan eager nak tahu apa benda lelaki itu nak cakap.
Lepas seminit habis dia punya mukaddimah, dia tunduk dan ambil tali yang terbaring atas stage. Dia ambil dengan pegang tanda merah pada tali itu.
Dia kata..                   
Tali ini ibarat kehidupan kita yang sebenar. Sangat panjang. Sangat sangat sangat panjang.
Tapi, kehidupan yang selalu kita risaukan, yang selalu kita fikirkan ialah kehidupan dunia ini, yang panjangnya hanyalah seciput tanda merah tadi.

Sepanjang tanda merah 5cm inilah yang kita fikir pasal study, kerja, kahwin, makan dan sebagainya.
Sehinggakan kita terlupa lagi 195cm yang tak berwarna merah itu. Sedangkan itulah kehidupan yang sebenar.

Ingat kawan-kawan!
Kehidupan yang sebenar ibarat perjalanan nak balik kampung.
Kehidupan kat dunia ini tak lain hanyalah ibarat singgah RnR nak buang air je. Hahha.
Tak lama pun.



Konklusinya, saat hang rasa kecewa, resah, sedih, down dengan masalah study, kewangan dan sebagainya, anggaplah tu seperti kehilangan duit 10 sen. Tak ada faedahnya nak dikerutkan dahi lama-lama.
Si Dia kan ada. Mengadu saja la.

الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.”
(ArRa’du : 28)




Akhir kalam,
Wallahualam
Continue reading