Image and video hosting by TinyPic
Kamu tidak perlu mengenali kami kerana kami di kalangan kamu semua yang saling memperingatkan kepada Allah dan Rasul.

Saturday 7 May 2016

Adakah kita sebenarnya bersedia?



     Insha Allah, artikel kali ini akan mengolah sebahagian daripada ayat 77 surah An-Nisa.

Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad), akan orang-orang yang (pernah) dikatakan kepada mereka: "Tahanlah tangan kamu (daripada bertindak melancarkan perang yang belum diizinkan), dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat". (Mereka meminta juga hendak berperang), kemudian apabila mereka diperintahkan berperang, tiba-tiba sepuak di antara mereka merasa gerun kepada manusia sama seperti mereka merasa gerun kepada (azab) Allah atau lebih gerun lagi. Lalu mereka (merayu kepada Allah dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan kami berperang (pada saat ini)? Mengapa Engkau tidak biarkan kami hingga ke tempoh yang singkat (iaitu akhir hayat kami)?"..........

     Dalam kitab Fi Zilal Quran, Syed Qutb pada mulanya agak keliru untuk siapa ayat ini ditujukan. Sebabnya ayat ini seperti ditunjukkan kepada orang yang bersifat munafik kerana mereka itu telah mengatakan mereka hendak berperang tetapi mengelak apabila diberikan peluang. (sifat munafik apabila dia berkata, dia dusta). Namun, perkara ini agak pelik kerana ayat ini dituju untuk kumpulan yang diseksa dan disuruh bersabar. Oleh itu, ayat ini dituju kepada orang Islam di Mekah ataupun Muhajirin dan ketika Islam bertapak di Mekah, di mana belum lagi wujudnya orang munafik. Akhirnya, Syed Qutb berpendapat bahawa ayat ini ditujukan untuk Muhajirin yang lemah imannya. Di sini kita boleh simpulkan terdapat beberapa orang muhajirin tidak mahu berperang bukan kerana mereka itu munafik, tetapi kerana imannya yang lemah. Ini kerana berperang merupakan sesuatu perkara yang sangat besar yang pasti akan menimbulkan rasa takut dan gerun apabila hakikat akan berperang itu mula dirasai oleh manusia yang pada mulanya semangat untuk melakukannya.

     Soalan, bagaimanakah kita boleh kaitkan ayat ini dengan kehidupan kita?

     Sebenarnya, situasi di Malaysia ini tidak jauh beza dengan situasi Muhajirin itu. Terdapat beberapa perkara yang masih tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana sebab-sebab tertentu tetapi peliknya, perkara itulah yang sering kita sebutkan. Contohnya, kita semangat untuk mendirikan undang-undang Islam yang menyeluruh di Malaysia seperti hudud dan sebagainya, tetapi adakah kita sebenarnya bersedia menghadapi rintangan-rintangan untuk merialisasikan perkara ini? Dalam pidato IHAB, antara semalam dan hari ini, beliau telah mengatakan beberapa rintangan yang akan dihadapi oleh Ikhwan walaupun jarak masa terjadinya rintangan tersebut dan pidato IHAB sebenarnya agak jauh. Beliau mengatakankan rintangan-rintangan tersebut supaya Ikhwan bersedia. Berbalik kepada soalan tadi, fikir semula, betulkah kita bersedia? Adakah kita bersedia untuk menghabiskan segala jiwa dan harta kita untuk Islam. Adakah kita bersedia daripada kemungkinan dipecat daripada kerja (sumber pendapatan) kerana syarikat itu tidak setuju dengan sistem Islam? Adakah kita sebagai pelajar bersedia, seandainya dibuang universiti suatu hari nanti kerana mereka menganggap persatuan atau jemaah yang kita ikut dianggap sebagai radikal? Janganlah ingat perkara-perkara ini mustahil, kerana inilah yang telah dihadapi Ikhwan dan telah diingat oleh IHAB sebelum itu lagi.

     Kalau tidak, apa yang perlu dilakukan? Mudah, live in the moment. Maksudnya segala tindakan kita perlu bertepatan dengan fasa yang kita berada sekarang. Contohnya, jika seseorang itu dalam fasa persediaan untuk berperang, lakukanlah perkara yang bertepatan dengannya, bukannya tertungu tunggu untuk berperang. Perjalanan kita masih jauh. Oleh itu, bersedialah dari segi dalaman seperti tarbiyah dzatiyah dan luaran seperti rangcangan kewangan dan sebagainya. Janganlah kita terlalu membincangkan terlalu mendalam perkara yang masih jauh lagi dari target kita. Sekiranya untuk memberi semangat boleh, tetapi kurangkanlah. Terdapat kalam seorang sheikh. “Begitulah sifat orang yang benar. Mereka tidak keluar daripada sesuatu kedudukan sehingga Allah SWT yang mengeluarkannya”.

     Kesimpulannya mudah, golongan mana yang kita mahu ikut? Golongan apabila dibolehkan sesuatu perintah, mereka mula rasa takut atau golongan yang apabila diberikan perintah, mereka bersedia melaksanakannya....

Wallahualam.

p/s: cara mudah untuk praktik live in the moment, bila fasa student belajar, jgn fikir bnyk sngt psal
fasa kahwin. Maybe akan diolah dalam artikel lain. huhu

No comments:

Post a Comment