Image and video hosting by TinyPic
Kamu tidak perlu mengenali kami kerana kami di kalangan kamu semua yang saling memperingatkan kepada Allah dan Rasul.

Sunday, 29 May 2016

ALLAH KNOWS


Well certainly!! Allah knows every single thing

Bismillah, assalamualaikum wrt kpd semua pembaca sekalian. Pertamanya, terima kasih kerana sudi bertandang ke blog yang tak seberapa ni. Semoga kita sama-sama beroleh manfaat daripadanya, insyaAllah.

Baik, untuk penulisan kali ini, saya akan kurangkan sikit formaliti berbanding tulisan-tulisan sebelum ini.

Mengapa?

Simply, kerana tulisan ini bukan sebuah tulisan ilmiah yang sarat dengan fakta-fakta tetapi lebih kepada sebuah perkongsian pendapat dan pengalaman. Saya kira cara penulisan sebegini lebih bertepatan dengan konten yang cuba untuk saya sampaikan.

Baik, mari mula.
“Allah knows” ni sebenarnya sebuah tajuk lagu daripada zain bikha. Bagi saya sebuah lagu yang sangat menarik dan sangat thought provoking.
Sebelum itu, saya sarankan semua pembaca dengar dahulu lagu itu.
(link untuk lagu : https://www.youtube.com/watch?v=RpjIsSdsT6A )

Kerana apa saya rasa lagu ini menarik? Kerana kita tersangat selalu diingatkan tentang sifat Allah yang maha mengetahui tatkala kita melakukan sesuatu kejahatan, supaya kita menginsafinya. Sehingga terkadang saya rasa kenyataan bahawa Allah maha mengetahui itu sesuatu yang semata-mata menakutkan bagi sesetengah muslim.

Saya tak menyangkal bahawa kita sememangnya perlu takut pabila mengetahui yang Allah mengetahui segala untuk menghalang kita daripada melakukan kejahatan walaupun ketika berseorangan. Tapi adakah itu sahaja?

Hope and fear is like a pair of wings, we need both to fly

Apa yang lagu ini cuba sampaikan, dalam pelbagai keadaan yang kita tempuhi, termasuklah ketika kita sedang bersedih, Allah knows. Allah sebenarnya tahu, sangat mengetahui tentang keperitan dan kesakitan yang kita tempuhi itu. Tatkala kita bersedih dan sangat memerlukan tempat untuk bergantung, kita tercari-cari siapakah yang boleh memahami keadaan kita sekarang, Allah knows. Allah sangat-sangat memahami apa yang kita lalui, kawan.



Dalam Allah mengetahui itu, mengapa Allah bentangkan pelbagai rintangan itu?
Bukankah kalau Allah maha pengasih dan penyayang, dia takkan membiarkan kita melalui keperitan ini?

Its not as simple as that.

Kalau begitu, baiklah Allah menjadikan semua orang kaya, bahagia, pandai dan segala-gala kesenangan di dunia ini pada semua individu. Apakah makna sebuah kehidupan jikalau begitu?
Hidupnya kita didunia ini adalah sebagai hamba Allah yang bertanggungjawab membangunkan muka bumi ini. Dalam melaksanakan tanggungjawab ini Allah selitkan duri-duri dipertengahan jalan atas banyak sebab. Antaranya adalah untuk menguji tahap keimanan kita ataupun untuk menarik kembali kita kejalan yang lurus tatkala kita tersasar.

“Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu.”
(Muhammad 47:31)

Obviously, Allah mengetahui duri-duri yang diselitkan itu sukar dan sangat memedihkan. The fact that Allah tetap membiarkan kita menempuhinya membawa maksud Allah juga sangat mengetahui yang kita mampu untuk menempuhinya.



Bukankah ini memberi kita sebuah harapan baru kepada kita, bahawa kita mempunyai Allah yang sangat-sangat mengetahui keadaan kita, yang sentiasa bersedia untuk mendengar permintaan dan luahan kita. Secara tidak langsung, ini juga sepatutnya menyedarkan kita bahawasanya kita seorang hamba yang lemah dan sentiasa perlu untuk bergantung kepada Allah yang maha kuasa.

Jelasnya, ini juga sebuah sudut untuk kita lihat dalam mengamati sifat Allah yang maha mengetahui itu.

Baiklah, saya tidak berhajat untuk memanjang-manjangkan lagi tulisan ini, cukuplah sekadar saya dapat menyampaikan sebuah lagi sudut pandang yang mungkin baharu untuk sesetangah daripada kalian.

Oleh itu, kekalkanlah didalam hati bahawa kita punya Allah dan Allah maha mengetahui segala-galanya. Semoga dengan itu, ia menghalang kita daripada melakukan kejahatan disamping memberi kita kekuatan untuk menempuhi rintangan-rintangan yang menanti kita dihari-hari mendatang.

Jazakallah khair.

No comments:

Post a Comment