Image and video hosting by TinyPic
Kamu tidak perlu mengenali kami kerana kami di kalangan kamu semua yang saling memperingatkan kepada Allah dan Rasul.

Wednesday 30 March 2016

               



 Tak ada seorang pun dalam dunia ni yang kehidupannya sentiasa baik. Pasti ada masa dia akan gembira, dan ada masa dia akan sedih. Tangis dan tawa inilah yang mencorakkan kehidupan kita. Adanya kesedihan menyedarkan kita akan manisnya gembira. Adanya gembira mengajarkan kita akan peritnya sedih.

                Namun manusia itu tetap manusia. Jikalau gembira lupa segalanya. Kalau sedih, rasa seolah-olah dialah yang paling malang di dalam dunia. Terkadang rasa sedih itu sangat melukakan sehingga ada yang sanggup membunuh diri sendiri. Bila sedih, segala-galanya dirasakan seolah-olah tiada makna.

                Datangnya Islam mengajar kita bahawa terkadang rasa sedih itu sebenarnya surat cinta dari Allah untuk hambanya agar hambanya itu ingat padaNya. Kegagalan itu sebenarnya hanyalah peringatan untuk kita bahawa kita ada Allah yang berkuasa keatas segala-galanya dan dia mampu untuk menggagalkan usaha kita. Kerana bagi seorang muslim itu adanya Allah yang mengatur segala-galanya dalam hidup.


                Dan cantiknya Islam, ia juga mengajar kita yang kita mampu untuk mengadu dan meminta sesuatu daripada Allah melalui doa. Doa adalah senjata bagi orang mukmin. Bukan sekadar itu, doa itu juga dijamin akan didengari.

"Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.”
Al-Ghafir:60

                Perlu untuk kita itu sedar, terdapat 3 cara Allah membalas doa kita.
1)      Kita minta, Allah terus mengabulkannya.
2)      Kita minta, Allah tangguhkan pengabulannya beberapa ketika, tetapi tetap dikabulkan.
3)      Kita minta, Allah beri sesuatu yang lebih baik untuk kita daripada apa yang kita minta.

                Cumanya, manusia ini terlalu gopoh dalam bersangka sehingga dianggap Allah menolak doaNya kerana dia tidak dapat apa yang diingini. Hatta iblis laknatullah itupun Allah kabulkan doanya untuk nyawa yang panjang. Percaya dan berbaik sangkalah pada Allah, kerana Dia Maha Mengetahui.



                Begitulah hakikatnya doa itu bagi seorang mukmin. Ia adalah senjata yang tidak ternilai kuatnya.

                Oleh itu, saat segalanya seperti tidak menjadi, harapan seolah-olah sudah tiada lagi, semuanya serba tak kena, kehidupan seakan tiada maknanya lagi…. Ingatlah, kita muslim ada Allah yang mampu untuk mengampunkan dan berkuasa untuk mengubah sebagaimanapun sesuatu keadaan itu mengikut kehendaknya. Sungguh! Hidup ini ajaib dengan doa. Berdoalah.

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.”
Al-Baqarah:186

When life seems too hard to handle, and it feels like there is no more hope …..

Hey, Allah is always there for you
Continue reading

Tuesday 22 March 2016



Mungkin boleh dikatakan agak lewat dan tidak relevan lagi untuk menerangkan tujuan blog ini
ditubuhkan. Namun, saya akan menerangkan juga kerana nama blog ini sebenarnya mempunyai
maksud yang sangat mendalam yang perlu diambil perhatian dan saya berharap setelah membaca
penerangan ini, pembaca mempunyai ‘mindset’ yang betul setiap kali membuka blog ini.

     Imam Hasan Al-Banna pernah berkata,"Sesungguhnya mutiara termahal dimiliki oleh Ikhwan ialah jundi majhul itu (tentera yang tidak dikenali), yang berusaha sehabis kudratnya, yang menginfaqkan melebihi dari apa yang ada di dalam poketnya, yang berkorban dengan waktu paling berharga yang dimilikinya. Kehadirannya tidak diketahui. Ketiadaannya tidak disedari. Dia sengaja menjauhkan diri dari menjadi popular, sedikit cakapnya, banyak amalnya, dia beriman bahawa baginya ada tuhan yang akan mengingatinya bersama golongan yang lebih afdhal dari bumi dan segala isinya, tuhanyang suka terhadap amalan selama mana ia dilakukan dengan keikhlasan".

     Dari pidato di atas boleh kita simpulkan bahawa jundi majhul mempunyai peranan yang amat
besar dalam menegakkan Islam di dunia ini. Kenapa IHAB mengatakan askar, bukan polis, doktor atau lain-lain? Ini kerana ‘by default’ askar itu itu ramai dan berada dalam satu kelompok(batillion)
menyebabkan agak mustahil untuk kita mengetahui setiap nama anggota tentera tersebut. Selain itu, peranan mereka amatlah besar kerana tugas utama seorang tentera itu ialah untuk memenangi perang!! Bolehkah kita bayangkan sekiranya kita seorang tentera yang telah menyumbang dalam memenangkan negara kita namun akhirnya tidak dikenali sesiapapun?

     Begitulah status kebanyakkan umat islam dalam membangunkan Islam di muka bumi ini. Kita
boleh katakan ratusan malah ribuan manusia di dunia ini sebenarnya telah memberi impak dalam
penegakkan kalimah tauhid di muka bumi ini. Kita lihat sahaja perang badar yang di mana ahli badar
diktiraf dan diberi keistimewaan seperti yang disebut dalam sebahagian hadis nabi, Allah telah
melihat kepada para-para Sahabat yang ikut serta dalam Perang Badar lalu berfirman : "Perbuatlah sesuka kalian karena sesungguhnya Aku telah mengampuni kalian !" Siapa yang tahu nama dan sejarah kesemua 313 orang yang menyertai perang badar? Mustahil kerana mana mungkin sahabat-sahabat dahulu dapat mencatat setiap sejarah hidup semua sahabat. Selain itu, adakah Madinah mampu dibangunkan dengan sekadar Nabi dan 10 sahabat yang dijamin syurga itu? Tidak, pembangunan Madinah memerlukan semua sahabat Nabi sama ada yang terkenal atau tidak.

     Mereka inilah yang seperti dikatakan dalam hadis nabi ‘ Berapa ramai orang yang kusut, berdebu
dan menggunakan dua pakaian yang usang, tidak ada yang dapat dipuji dan pandangan manusia
beralih darinya, namun andai kata dia bersumpah dengan nama Allah, maka dia akan memenuhi
sumpahannya’. Mereka ini ikhlas berjuang tanpa mengharapkan apa-apa balasan kecuali balasan
daripada Allah iaitu mendapat keredhaanNya dan syurga. Itu sahaja.

     Kami berharap tiada yang salah faham, apabila kami mengatakan unsung atau tidak dikenali bukanlah kami menyuruh untuk berpeluk tubuh dan menolak kepimpinan. Apa yang kami mahu ialah
manusia yang merasa tiada kepentingannya di dunia dan setiap gerak-gerinya hanyalah untuk
akhirat. Seorang muslim yang sejati itu ialah apabila tiada orang yang kehadapan untuk memimpin,
bercakap secara terbuka atau menjadi ‘public image’ mereka rasa ia satu kewajipan untuk dilaksanakan. Sekiranya ada, mereka tidaklah dengki dan memfitnah mereka ,malah mereka tetap
beramal,mengajak manusia ke kebaikkan. Lihat sahaja Khulafa Ar-Rashyidin, tentulah sahabat nabi ini merupakan manusia yang ikhlas tetapi tidaklah mereka menolak tanggungjawab khalifah walaupun sudah pasti jawatan ini amat besar kuasanya dan kepopularitiannya tetapi perkara-perkara ini tidak menarik hati mereka sedikitpun.

     Kesimpulannya, kami berharap blog ini dapat mengispirasikan pembaca untuk bangkitkan semula hero dalam diri muslim iaitu dengan mengamalkan Islam sepenuhnya. Kami berharap islam akan mekar dibaja oleh ribuan manusia yang tidak dikenali di sini namun diiktiraf di syurga nanti.

Wallahualam.
Continue reading

Wednesday 16 March 2016



Pergh bosannya bila dah settle up…

Randomly bukak al_Quran terus ke muka surat 204, surah at-Taubah. Pasal jual-beli lagi.

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu, dan (ketahuilah bahwa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.

Berjuang di jalan Allah. Dalam Masyarakat kita mana ada dah berbunuh-bunuhan ni. Tu Zaman Tok Janggut dan lain-lain dulu untuk mempertahan agama dan tanah air. Zaman kita ni Malaysia boleh dikatakan aman dari segi luarannya tanpa sebarang pertempuran fizikal. Sungguhpun kita sudah merdeka, Perjuangan untuk bangunkan bangsa masih diperlukan. Kerna anak muda, ramainya masih dijajah pemikirannya oleh 'orang seberang'. Masih banyak aspek budaya Barat yang tak sepatutnya kita ikut melekat pada orang kita.

Cukuplah Tok Janggut dulu diseksa dan dibunuh untuk menjaga generasi di kemudian hari. Walaupun Tok Janggut dan kumpulannya kalah, yang akhirnya badannya diarak mengelilingi Kota Bharu, ingatlah apa yang beliau lakukan untuk tunjukkan pada kita yang bangsa kita perlu bangkit. Beliau bertahan hingga ke titisan darah terakir untuk kita semua. Dan aku pasti beliau yakin dengan janji Allah dalam ayat tu.

This is the crucial part dalam kelas sejarah masa aku di Sekolah Dato’ Abdul Razak dulu. Aku nampak cikgu aku masa tu hampir menangis bila bercerita bab ni. Mana taknya, bila tengok generasi muda kita sekarang. Seolah-olah pergorbanan pewira Tanah Air kita dulu tu sia-sia. Kosong. Moga roh Tok Janggut serta sekalian pewira negra ditempatkan di tempat orang-orang soleh dan solehah.

Alhamduliilah sekarang kita sudah merdeka, pucuk kepimpinan sekarang masih dipegang oleh orang kita. Cumanya kita kena adjust sikit je lagi dalam kehidupan kita, letakkan Allah yang pertama. Penat lelah belajar, untuk kita naikkan agama Allah. Contohnya apabila dah jadi akauntan bertauliah, kita ingin tunjukkan pengurusan kewangan yang megikut syariah ialah jalan yang terbaik. Jadi, kita belilah Syurga Allah dengan usaha kita yang penat lelah untuk berjuang kepada Agama-Nya. Most of the missing part here niat kerana Allah.

Then the next day I read the next page, the next Ayat. It complete and more specific.

“(Mereka itulah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang menggembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembiralah orang-orang yang beriman. (9:112)

Ni bahagian seterusnya. Okay, kita ni yang bergelar Muslim dan Muslimat. Overall, Allah tak sebut pun orang yang tak pernah buat kejahatan. Allah tak sebut pun orang yang dari lahir sampai mati tak pernah buat jahat, tapi pertamanya Allah berfirman, orang-orang yang bertaubat.

Orang-orang yang telah banyak melakukan dosa termasuk aku perlu rasa belum terlambat. Tidak kiralah betapa besar atau banyak pun dosa yang kita dah lakukan, Allah sebut yang pertama orang-orang bertaubatlah yang memperoleh kemenangan besar. Dan setiap detik selepas kita lakukan kejahatan itu adalah tidak lain dan tidak bukan melainkan untuk bertaubat. Kerana, tak kira betapa banyak kalipun pun kita dah bertaubat, nanti mati baru kita tahu dosa-dosa kita tu diampunkan atau tidak.

Sudah tentu orang bersalah ni sentiasa rasa resah dan gelisah. Gunakanlah perasaan tu, bisikkan dalam hati “kalaulah Allah matikan aku dalam masa terdekat, rasanya seksa neraka pasti aku rasa disebabkan dosa aku yang lalu. Jadi, setiap saat Allah berikan kehidupan untuk aku kali ni, Aku hanya ingin bertaubat dan ikut semua yang Allah suruh dan tinggalkan semua yang Allah larang.”

Dalam ayat kat atas tu pun dah ada, memuji Allah, menggembara, menuntut ilmu, mengembangkan Islam, bersolat, melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Paling senang, dalam hati, dalam setiap perbuatan ingat pada Allah.

Hmmmmm…. Senang ke tu?

Itulah jual belinya.
Continue reading

Tuesday 8 March 2016



“Mak cik, boleh bagi saya pisang seikat?”

Pisang, kenapa mesti pisang? Sebab saya tengah pisang. Hurmmm…

Taklah. Sebenarnya saya ingin menekankan tentang berjual beli. Sesungguhnya manusia tidak terlepas daripada menjalankan urusan membeli atau menjual dalam kehidupan seharian.

Bangun pagi, kita bangun di atas tilam lembut. Baru je semalam beli tilam tu. Nak gosok gigi, ,kita guna ubat gigi yang kita beli bulan lepas, belum habis lagi. Lepas tu, nak pergi kerja nak naik komuter, mesti la kena beli tiket. Then baru kita dapat gunakan servis komuter tu untuk pergi ke pejabat. Sampai tempat kerja, kita tegur kawan…

“hurm, bau kedai lah. Berapa harga baju baru kau ni?”

Kawan jawab, “murah je bro, ada sale di Uziqlo. So aku angkutlah”

Pembelian yang sangat berbaloi bukan bila ada potongan harga? Sudah tentu jika boleh kita ingin beli barang yang paling berkualiti dengan harga yang murah. Ya, sebab bukan peniaga sahaja mahu kaut keuntungan, pembeli juga ingin jadi pihak yang beruntung. Kerana itulah ada yang sanggup tunggu sampai ke hujung tahun untuk dapatkan diskaun yang hebat.

Ok, cuba masuk dalam sikit. Kehidupan kita juga mempunyai nilai melalui pengorbanan. Kita sanggup bekerja walaupun lelah semata-mata untuk mencari rezeki. Melalui duit gaji tu, nak beli pakaian, makanan dan keperluan lain untuk seisi keluarga. Tapi bagaimana pula dengan orang yang mati untuk Maharaja mereka seperti tentera Jepun? Lebih-lebih lagi orang lain yang sanggup gadaikan nyawa untuk tujuan yang tidak jelas. Di mana nilai kehidupan mereka.

Jelas. Manusia mampu menukarkan nyawa dengan sesuatu yang dianggap lebih bernilai. Maka beruntunglah sesiapa yang sanggup gadaikan nyawa untuk agama Allah. Buktinya…

 “wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?”

“Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui.” (61:10 & 11)

Pencipta kita nak beli seluruh kehidupan kita. Bayarannya, terselamat daripada api neraka. Mudah! Kita bayar dengan hidup kita yang sementara, dapat syurga yang tiada penyudahnya. Mudah nak cakap sebab susah sangat nak buat. Fikirlah apa yang paling bernilai dalam dunia ini kalau dibandingkan dengan syurga yang tiada ancaman dan kesusahan. Jangan banyak sangat fikir tau, risau nanti kematian dah dekat, tapi masih tak buat apa-apa. Sebab, pemisah antara pembelian yang terbesar ini hanyalah kematian.                   

Continue reading