Image and video hosting by TinyPic
Kamu tidak perlu mengenali kami kerana kami di kalangan kamu semua yang saling memperingatkan kepada Allah dan Rasul.

Tuesday, 22 March 2016

Kenapa unsung heroes?



Mungkin boleh dikatakan agak lewat dan tidak relevan lagi untuk menerangkan tujuan blog ini
ditubuhkan. Namun, saya akan menerangkan juga kerana nama blog ini sebenarnya mempunyai
maksud yang sangat mendalam yang perlu diambil perhatian dan saya berharap setelah membaca
penerangan ini, pembaca mempunyai ‘mindset’ yang betul setiap kali membuka blog ini.

     Imam Hasan Al-Banna pernah berkata,"Sesungguhnya mutiara termahal dimiliki oleh Ikhwan ialah jundi majhul itu (tentera yang tidak dikenali), yang berusaha sehabis kudratnya, yang menginfaqkan melebihi dari apa yang ada di dalam poketnya, yang berkorban dengan waktu paling berharga yang dimilikinya. Kehadirannya tidak diketahui. Ketiadaannya tidak disedari. Dia sengaja menjauhkan diri dari menjadi popular, sedikit cakapnya, banyak amalnya, dia beriman bahawa baginya ada tuhan yang akan mengingatinya bersama golongan yang lebih afdhal dari bumi dan segala isinya, tuhanyang suka terhadap amalan selama mana ia dilakukan dengan keikhlasan".

     Dari pidato di atas boleh kita simpulkan bahawa jundi majhul mempunyai peranan yang amat
besar dalam menegakkan Islam di dunia ini. Kenapa IHAB mengatakan askar, bukan polis, doktor atau lain-lain? Ini kerana ‘by default’ askar itu itu ramai dan berada dalam satu kelompok(batillion)
menyebabkan agak mustahil untuk kita mengetahui setiap nama anggota tentera tersebut. Selain itu, peranan mereka amatlah besar kerana tugas utama seorang tentera itu ialah untuk memenangi perang!! Bolehkah kita bayangkan sekiranya kita seorang tentera yang telah menyumbang dalam memenangkan negara kita namun akhirnya tidak dikenali sesiapapun?

     Begitulah status kebanyakkan umat islam dalam membangunkan Islam di muka bumi ini. Kita
boleh katakan ratusan malah ribuan manusia di dunia ini sebenarnya telah memberi impak dalam
penegakkan kalimah tauhid di muka bumi ini. Kita lihat sahaja perang badar yang di mana ahli badar
diktiraf dan diberi keistimewaan seperti yang disebut dalam sebahagian hadis nabi, Allah telah
melihat kepada para-para Sahabat yang ikut serta dalam Perang Badar lalu berfirman : "Perbuatlah sesuka kalian karena sesungguhnya Aku telah mengampuni kalian !" Siapa yang tahu nama dan sejarah kesemua 313 orang yang menyertai perang badar? Mustahil kerana mana mungkin sahabat-sahabat dahulu dapat mencatat setiap sejarah hidup semua sahabat. Selain itu, adakah Madinah mampu dibangunkan dengan sekadar Nabi dan 10 sahabat yang dijamin syurga itu? Tidak, pembangunan Madinah memerlukan semua sahabat Nabi sama ada yang terkenal atau tidak.

     Mereka inilah yang seperti dikatakan dalam hadis nabi ‘ Berapa ramai orang yang kusut, berdebu
dan menggunakan dua pakaian yang usang, tidak ada yang dapat dipuji dan pandangan manusia
beralih darinya, namun andai kata dia bersumpah dengan nama Allah, maka dia akan memenuhi
sumpahannya’. Mereka ini ikhlas berjuang tanpa mengharapkan apa-apa balasan kecuali balasan
daripada Allah iaitu mendapat keredhaanNya dan syurga. Itu sahaja.

     Kami berharap tiada yang salah faham, apabila kami mengatakan unsung atau tidak dikenali bukanlah kami menyuruh untuk berpeluk tubuh dan menolak kepimpinan. Apa yang kami mahu ialah
manusia yang merasa tiada kepentingannya di dunia dan setiap gerak-gerinya hanyalah untuk
akhirat. Seorang muslim yang sejati itu ialah apabila tiada orang yang kehadapan untuk memimpin,
bercakap secara terbuka atau menjadi ‘public image’ mereka rasa ia satu kewajipan untuk dilaksanakan. Sekiranya ada, mereka tidaklah dengki dan memfitnah mereka ,malah mereka tetap
beramal,mengajak manusia ke kebaikkan. Lihat sahaja Khulafa Ar-Rashyidin, tentulah sahabat nabi ini merupakan manusia yang ikhlas tetapi tidaklah mereka menolak tanggungjawab khalifah walaupun sudah pasti jawatan ini amat besar kuasanya dan kepopularitiannya tetapi perkara-perkara ini tidak menarik hati mereka sedikitpun.

     Kesimpulannya, kami berharap blog ini dapat mengispirasikan pembaca untuk bangkitkan semula hero dalam diri muslim iaitu dengan mengamalkan Islam sepenuhnya. Kami berharap islam akan mekar dibaja oleh ribuan manusia yang tidak dikenali di sini namun diiktiraf di syurga nanti.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment