Image and video hosting by TinyPic
Kamu tidak perlu mengenali kami kerana kami di kalangan kamu semua yang saling memperingatkan kepada Allah dan Rasul.

Sunday 29 May 2016


Well certainly!! Allah knows every single thing

Bismillah, assalamualaikum wrt kpd semua pembaca sekalian. Pertamanya, terima kasih kerana sudi bertandang ke blog yang tak seberapa ni. Semoga kita sama-sama beroleh manfaat daripadanya, insyaAllah.

Baik, untuk penulisan kali ini, saya akan kurangkan sikit formaliti berbanding tulisan-tulisan sebelum ini.

Mengapa?

Simply, kerana tulisan ini bukan sebuah tulisan ilmiah yang sarat dengan fakta-fakta tetapi lebih kepada sebuah perkongsian pendapat dan pengalaman. Saya kira cara penulisan sebegini lebih bertepatan dengan konten yang cuba untuk saya sampaikan.

Baik, mari mula.
“Allah knows” ni sebenarnya sebuah tajuk lagu daripada zain bikha. Bagi saya sebuah lagu yang sangat menarik dan sangat thought provoking.
Sebelum itu, saya sarankan semua pembaca dengar dahulu lagu itu.
(link untuk lagu : https://www.youtube.com/watch?v=RpjIsSdsT6A )

Kerana apa saya rasa lagu ini menarik? Kerana kita tersangat selalu diingatkan tentang sifat Allah yang maha mengetahui tatkala kita melakukan sesuatu kejahatan, supaya kita menginsafinya. Sehingga terkadang saya rasa kenyataan bahawa Allah maha mengetahui itu sesuatu yang semata-mata menakutkan bagi sesetengah muslim.

Saya tak menyangkal bahawa kita sememangnya perlu takut pabila mengetahui yang Allah mengetahui segala untuk menghalang kita daripada melakukan kejahatan walaupun ketika berseorangan. Tapi adakah itu sahaja?

Hope and fear is like a pair of wings, we need both to fly

Apa yang lagu ini cuba sampaikan, dalam pelbagai keadaan yang kita tempuhi, termasuklah ketika kita sedang bersedih, Allah knows. Allah sebenarnya tahu, sangat mengetahui tentang keperitan dan kesakitan yang kita tempuhi itu. Tatkala kita bersedih dan sangat memerlukan tempat untuk bergantung, kita tercari-cari siapakah yang boleh memahami keadaan kita sekarang, Allah knows. Allah sangat-sangat memahami apa yang kita lalui, kawan.



Dalam Allah mengetahui itu, mengapa Allah bentangkan pelbagai rintangan itu?
Bukankah kalau Allah maha pengasih dan penyayang, dia takkan membiarkan kita melalui keperitan ini?

Its not as simple as that.

Kalau begitu, baiklah Allah menjadikan semua orang kaya, bahagia, pandai dan segala-gala kesenangan di dunia ini pada semua individu. Apakah makna sebuah kehidupan jikalau begitu?
Hidupnya kita didunia ini adalah sebagai hamba Allah yang bertanggungjawab membangunkan muka bumi ini. Dalam melaksanakan tanggungjawab ini Allah selitkan duri-duri dipertengahan jalan atas banyak sebab. Antaranya adalah untuk menguji tahap keimanan kita ataupun untuk menarik kembali kita kejalan yang lurus tatkala kita tersasar.

“Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu.”
(Muhammad 47:31)

Obviously, Allah mengetahui duri-duri yang diselitkan itu sukar dan sangat memedihkan. The fact that Allah tetap membiarkan kita menempuhinya membawa maksud Allah juga sangat mengetahui yang kita mampu untuk menempuhinya.



Bukankah ini memberi kita sebuah harapan baru kepada kita, bahawa kita mempunyai Allah yang sangat-sangat mengetahui keadaan kita, yang sentiasa bersedia untuk mendengar permintaan dan luahan kita. Secara tidak langsung, ini juga sepatutnya menyedarkan kita bahawasanya kita seorang hamba yang lemah dan sentiasa perlu untuk bergantung kepada Allah yang maha kuasa.

Jelasnya, ini juga sebuah sudut untuk kita lihat dalam mengamati sifat Allah yang maha mengetahui itu.

Baiklah, saya tidak berhajat untuk memanjang-manjangkan lagi tulisan ini, cukuplah sekadar saya dapat menyampaikan sebuah lagi sudut pandang yang mungkin baharu untuk sesetangah daripada kalian.

Oleh itu, kekalkanlah didalam hati bahawa kita punya Allah dan Allah maha mengetahui segala-galanya. Semoga dengan itu, ia menghalang kita daripada melakukan kejahatan disamping memberi kita kekuatan untuk menempuhi rintangan-rintangan yang menanti kita dihari-hari mendatang.

Jazakallah khair.
Continue reading

Sunday 22 May 2016


22 Mei 2016: Usrah, Naqib dan Aku.

Setiap hari Ahad malam, aku ada usrah. Macam-macam tempat kitorang dah pergi, buat usrah, tapi kebanyakannya, buat kat rumah Naqib saja.

Sebelum ini, Naqib aku bentangkan bahan, kitorang dengar saja. Tapi, hari ini lain. Tiba-tiba, tak tahu mana datang mood dia suka tanya-tanya soalan. Setiap sorang kena.

Sampai turn aku, Naqib tanya,
“Anta tahu tak siapa Ka’ab bin Malik?

Aku yang 1% ilmu sirah, terpinga-pinga tak tau nak jawab apa. Tapi, aku masih berani cuba. Aku jawab,
“TAHU!! Ka’ab bin Malik lah yang bina Kaabah”

“Aik. Salah itu”, kata Naqib.

Rupa-rupanya, Ka’ab bin Malik itu SAHABAT Rasulullah.

Ka’ab ini seorang businessman yang hebat. Bak kata orang nogori, "kayo baq hang". Hehhe.

Suatu hari, business dia untung banyak. Sangat banyak berbanding hari-hari sebelum ini. Tambahan, hari itu pulak, hari berangkatnya Rasulullah dan sahabat lain ke Perang Tabuk.

Waktu Ka’ab tengah sibuk uruskan business beliau, dia nampak Rasulullah dan ramai sahabat on the way ke perang. Tapi, Ka’ab still busy dan katanya,
“Tak apalah depa gerak dulu. Nanti aku kejar lah”

Lama-kelamaan, Ka’ab tak pun kejar angkatan tentera Tabuk tadi. Dia stay kat Madinah. Tak join perang.

Sedang Nabi dan para sahabat on the way ke perang, depa rehat sekejap di suatu tempat. Kemudian, Rasulullah tanya, “Mana Ka’ab bin Malik?”

Terbuktilah di sini, Ka’ab bin Malik ini bukan saja seorang businessman, malah seorang sahabat Nabi yang paling Nabi kenal. Hebatnya beliau.

Selalunya, setiap kali angkatan tentera perang dan Rasulullah balik ke Madinah, sahabat-sahabat yang tak join akan jumpa nabi, cakap sebab apa depa tak join.

Habis saja perang Tabuk, ramai lah sahabat yang tak join perang, jumpa nabi. Antara mereka ada lah orang-orang munafik. Depa jumpa nabi, bagi alasan tum tam tum tam, letup-letup. Tapi, Ka’ab dan 2 orang sahabat lagi, tahu kesilapan depa dan tak bagi alasan kat nabi, lalu nabi pun menghukum depa.

Nabi menyuruh semua sahabat supaya *memulaukan Ka’ab dan 2 orang sahabat sebagai hukuman. Lama sangat depa kena pulau. Lebih sebulan.

Dalam masa dipulau itu pulak, datang sepucuk surat daripada seorang raja yang bukan beragama Islam. Dalam surat itu, raja itu kata yang dia tahu Ka’ab sedang dipulau. Oleh sebab itu, raja ini nak ajak Ka’ab untuk join dia dan dia offer kesenangan dan sebagainya untuk Ka’ab.  

Tapi, Ka’ab kata,
“Ini lagi satu ujian Allah!”, beliau pun terus bakar saja surat itu. Puffffff.. (*sound effect*)

Selama 40 hari Ka’ab dan 2 orang sahabat lagi itu, dipulau oleh nabi dan para sahabat lain. Ka’ab pi masjid, tak ada sorang pun tegur beliau. Ka’ab bagi salam, ada yang tak mahu balas. Tiba-tiba datang satu lagi pesanan daripada Rasulullah. Nabi suruh Ka'ab dan 2 orang sahabat itu untuk jauhkan diri depa daripada isteri.

Ka’ab turut perintah. Beliau suruh isterinya balik ke kampung.

10 hari berlalu, cukup 50 hari 50 malam Ka’ab dihukum. Tiba-tiba, pada suatu Subuh, sedang Ka’ab selesai solat, berzikir, minta ampun ngan Allah supaya dilepaskan daripada hukuman, dia terdengar,

“Wahai Ka’ab, bergembiralah! Wahai Ka’ab, bergembiralah!” suara sahabat menjerit gembira dari luar rumah Ka’ab.
Ka’ab bersyukur gilos. Rupa-rupanya, Allah dah maafkan beliau dan 2 sahabat itu.

وَعَلَى الثَّلَاثَةِ الَّذِينَ خُلِّفُوا حَتَّىٰ إِذَا ضَاقَتْ عَلَيْهِمُ الْأَرْضُ بِمَا رَحُبَتْ وَضَاقَتْ عَلَيْهِمْ أَنْفُسُهُمْ وَظَنُّوا أَنْ لَا مَلْجَأَ مِنَ اللَّهِ إِلَّا إِلَيْهِ ثُمَّ 

تَابَ عَلَيْهِمْ لِيَتُوبُوا ۚ إِنَّ اللَّهَ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat) mereka, hingga apabila bumi telah menjadi sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas dan jiwa merekapun telah sempit (pula terasa) oleh mereka, serta mereka telah mengetahui bahwa tidak ada tempat lari dari (siksa) Allah, melainkan kepada-Nya saja. Kemudian Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya. Sesungguhnya Allah-lah Yang maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.”
(Surah atTaubah : 118)

-TAMAT-

Ada 3 pengajaran yang kita dapat ambil:

#1
Jangan dok asyik leka dengan dunia. Sebab apa?

Sebab kalau hang leka dengan dunia, AKHIRAT akan hang lupa. Camne nak masuk syurga kalau akhirat dilupa. BAHAYA!!!

#2
Berkatalah benar walaupun pahit.

Waktu nabi dan sahabat lain balik dari Perang Tabuk, Ka’ab jumpa nabi. Beliau tak bagi alasan. Beliau jujur, kata dia leka dengan dunia sampaikan dihukum selama hampir 2 bulan. Sakit bruh!

Jangan jadi macam orang-orang MUNAFIK. Bagi alasan lotup-lotup macam pop pop.

#3
Taat perintah Allah dan nabi.

Tengok macam mana hebatnya ketaatan Ka’ab. Nabi suruh jauhkan diri daripada isterinya, beliau terus buat. Tak bantah. Kalau kita.. Allah baru suruh jaga solat 5 waktu SAHAJA, dah ada yang sengaja tinggalkan. Bukan sebab lupa pun. SENGAJA.

Jadi, pesanan guwe. Jagalah solat, bruh sis. Benda basic kott.


Akhir kalam,
Wallahualam.
Continue reading

Saturday 7 May 2016



     Insha Allah, artikel kali ini akan mengolah sebahagian daripada ayat 77 surah An-Nisa.

Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad), akan orang-orang yang (pernah) dikatakan kepada mereka: "Tahanlah tangan kamu (daripada bertindak melancarkan perang yang belum diizinkan), dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat". (Mereka meminta juga hendak berperang), kemudian apabila mereka diperintahkan berperang, tiba-tiba sepuak di antara mereka merasa gerun kepada manusia sama seperti mereka merasa gerun kepada (azab) Allah atau lebih gerun lagi. Lalu mereka (merayu kepada Allah dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan kami berperang (pada saat ini)? Mengapa Engkau tidak biarkan kami hingga ke tempoh yang singkat (iaitu akhir hayat kami)?"..........

     Dalam kitab Fi Zilal Quran, Syed Qutb pada mulanya agak keliru untuk siapa ayat ini ditujukan. Sebabnya ayat ini seperti ditunjukkan kepada orang yang bersifat munafik kerana mereka itu telah mengatakan mereka hendak berperang tetapi mengelak apabila diberikan peluang. (sifat munafik apabila dia berkata, dia dusta). Namun, perkara ini agak pelik kerana ayat ini dituju untuk kumpulan yang diseksa dan disuruh bersabar. Oleh itu, ayat ini dituju kepada orang Islam di Mekah ataupun Muhajirin dan ketika Islam bertapak di Mekah, di mana belum lagi wujudnya orang munafik. Akhirnya, Syed Qutb berpendapat bahawa ayat ini ditujukan untuk Muhajirin yang lemah imannya. Di sini kita boleh simpulkan terdapat beberapa orang muhajirin tidak mahu berperang bukan kerana mereka itu munafik, tetapi kerana imannya yang lemah. Ini kerana berperang merupakan sesuatu perkara yang sangat besar yang pasti akan menimbulkan rasa takut dan gerun apabila hakikat akan berperang itu mula dirasai oleh manusia yang pada mulanya semangat untuk melakukannya.

     Soalan, bagaimanakah kita boleh kaitkan ayat ini dengan kehidupan kita?

     Sebenarnya, situasi di Malaysia ini tidak jauh beza dengan situasi Muhajirin itu. Terdapat beberapa perkara yang masih tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana sebab-sebab tertentu tetapi peliknya, perkara itulah yang sering kita sebutkan. Contohnya, kita semangat untuk mendirikan undang-undang Islam yang menyeluruh di Malaysia seperti hudud dan sebagainya, tetapi adakah kita sebenarnya bersedia menghadapi rintangan-rintangan untuk merialisasikan perkara ini? Dalam pidato IHAB, antara semalam dan hari ini, beliau telah mengatakan beberapa rintangan yang akan dihadapi oleh Ikhwan walaupun jarak masa terjadinya rintangan tersebut dan pidato IHAB sebenarnya agak jauh. Beliau mengatakankan rintangan-rintangan tersebut supaya Ikhwan bersedia. Berbalik kepada soalan tadi, fikir semula, betulkah kita bersedia? Adakah kita bersedia untuk menghabiskan segala jiwa dan harta kita untuk Islam. Adakah kita bersedia daripada kemungkinan dipecat daripada kerja (sumber pendapatan) kerana syarikat itu tidak setuju dengan sistem Islam? Adakah kita sebagai pelajar bersedia, seandainya dibuang universiti suatu hari nanti kerana mereka menganggap persatuan atau jemaah yang kita ikut dianggap sebagai radikal? Janganlah ingat perkara-perkara ini mustahil, kerana inilah yang telah dihadapi Ikhwan dan telah diingat oleh IHAB sebelum itu lagi.

     Kalau tidak, apa yang perlu dilakukan? Mudah, live in the moment. Maksudnya segala tindakan kita perlu bertepatan dengan fasa yang kita berada sekarang. Contohnya, jika seseorang itu dalam fasa persediaan untuk berperang, lakukanlah perkara yang bertepatan dengannya, bukannya tertungu tunggu untuk berperang. Perjalanan kita masih jauh. Oleh itu, bersedialah dari segi dalaman seperti tarbiyah dzatiyah dan luaran seperti rangcangan kewangan dan sebagainya. Janganlah kita terlalu membincangkan terlalu mendalam perkara yang masih jauh lagi dari target kita. Sekiranya untuk memberi semangat boleh, tetapi kurangkanlah. Terdapat kalam seorang sheikh. “Begitulah sifat orang yang benar. Mereka tidak keluar daripada sesuatu kedudukan sehingga Allah SWT yang mengeluarkannya”.

     Kesimpulannya mudah, golongan mana yang kita mahu ikut? Golongan apabila dibolehkan sesuatu perintah, mereka mula rasa takut atau golongan yang apabila diberikan perintah, mereka bersedia melaksanakannya....

Wallahualam.

p/s: cara mudah untuk praktik live in the moment, bila fasa student belajar, jgn fikir bnyk sngt psal
fasa kahwin. Maybe akan diolah dalam artikel lain. huhu
Continue reading