Image and video hosting by TinyPic
Kamu tidak perlu mengenali kami kerana kami di kalangan kamu semua yang saling memperingatkan kepada Allah dan Rasul.

Thursday 16 June 2016



Bulan Ramadhan ialah bulan yang sangat istimewa kerana di dalamnya terdapat seribu satu keberkatan dan kemudahan yang tiada pada bulan lain. Pahala amalan sunat sama seperti amalan wajib seterusnya yang wajib digandakan sebanyak 70 kali ganda. Usah bertanya banyak mengapa bulan Ramadhan. Yang utamanya ialah kita patut bersyukur kerana disempatkan umur untuk menikmati bulan ini. Yang terdekat dan paling diketahui ramai ialah satu kehilangan besar iaitu Muhammad Ali, peninju dunia yang dijemput rohnya dua hari sebelum Ramadhan. Semoga rohnya dan sekalian umat Islam dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat orang-orang yang soleh.
Istimewa ni boleh dilihat dari pelbagai pandangan. Jika diambil dari sudut tempat, Makkah dan Madinah ialah tempat yang agung dan disebut dalam hadis nabi peringkatnya jika dapat solat di tempat-tempat tersebut. Dalam kalangan manusia pula Allah telah memilih para rasul dan nabi untuk menyampaikan petunjuk untuk umat masing-masing. Mereka ini diberikan mukjizat yang tidak akan diperoleh oleh orang biasa-biasa. Sudah tentu mereka ini istimewa.
Lihat pada diri kita, apa sebenarnya yang istimewa tentang diri kita. Adakah kita mempunyai skill untuk bermain bola sepak, atau mahir dalam bidang lukisan? Maaf. Itu semua boleh tolak tepi dulu. Sesuatu yang lebih besar untuk kita sedar ialah kita mempunyai keistimewaan kerana kita adalah umat nabi Muhammad. Umat yang terakhir tetapi terlebih dahulu dihisab semasa di akhirat kelak. Istimewa kerana kita juga disebut dalam Al-Quran sebagai umat pilihan dan umat terbaik. Tak percaya?
‘’Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma`ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.” (3:110)
Umat terbaik kan. Kenapa terbaik ye? Pernah tak terfikir? Baca balik ayat tu, betul tak sebab dalam ayat tu disebut umat terbaik kerana datangnya dengan tanggungjawab yang agak besar. Sama seperti nabi Muhammad ketika permulaan diangkat menjadi rasul, sudah tiada lagi kerehatan untuk Baginda. Bagaimana pula dengan kita bila tahu kita diberi amanah untuk mencegah yang mungkar dan mengajak kepada kebenaran.
Ayat ini dikira tepat pada dahi kita setelah kita perhatikan dunia kita sekarang. Pembunuhan orang tidak bersalah, maksiat berleluasa, kezaliman melampau, ketidak adilan dalam perniagaan dan banyak lagi kemungkaran yang terjadi tetapi terlalu berat untuk disebut. Kadang-kadang seperti umat ini sudah tidak mampu untuk bangkit kembali. Tapi kita perlu jadi orang-orang yang tidak jemu mencuba kerana masih terdapat banyak lagi cara untuk memastikan umat ini bangkit kembali.

Mulakan langkah untuk bangunkan umat ini dengan pembentukan akhlak diri. Kenapa ia dikatakan berkesan? Sebab Baginda dulu pun menggunakan cara yang sama saat pertama kali untuk membentuk masayarakat Islam ketika itu sehinggalah Islam ini telah berjaya disebarkan sampai ke dua pertiga dunia. Rujukan sudah pun ada di depan mata dengan berbekal al-quran dan as-sunnah sepatutnya kita mampu untuk berjaya. Jadi lakukan lah walau sekecil mana pun usaha asalkan ianya berterusanan terhadap diri sendiri.
Continue reading

Sunday 5 June 2016


Alhamdullillah tsumma Alhamdulillah! Bersyukur kita kehadarat Allah SWT kita masih diberikan kesempatan untuk berjumpa Ramadhan pada tahun ini. Semoga tahun ini kita akan mempergiatkan ibadah dan amal kita pulun habis. Habis-habisan!

Kami dari Majhul Heroes mengucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat yang berada di seluruh dunia. Kita kena berazam Ramadhan kali ini kita kena banyakkan amal ibadah kita, banyak berdoa kepada Allah dan banyak bertaubat atas dosa-dosa lalu. Sebab Ramadhan bonus yang Allah berikan kepada hamba-hambanya yang beragama Islam. Dan bonus kita tak boleh sia-siakan sebab kita tak pasti kita akan dapat bertemu Ramadhan yang akan datang atau tidak.

Akhirul Kalam, doakan kami sentiasa, agar kami terus dapat maju kehadapan dan dapat menandingi media-media kuffar yang menerajui media hari ini. Wallahu'alam.



Continue reading

Friday 3 June 2016





Tempoh : 8-9 tahun
tempoh bermula: ramadhan
Tempoh siap:ramadhan

Objektif: istiqamahkan khatam Quran sebulan sekali

- Menunaikan salah satu wajibat yg digariskan Imam Hasan Al-Bana untuk menjadi batu-batu yg
kukuh dalam binaan iaitu:
"Saudara hendaklah mewiridkan (membaca) Al-Quran kira-kira satu juzuk setiap hari dan bersungguh-sungguh melakukannya supaya dapat khatam dalam tempoh tidak lebih Dari satu bulan tetapi janganlah dihabiskan dalam tempoh tiga hari."

Kerugian bagi mereka yg khatam sebulan pada bulan ramadhan namun kembali pada rutin
biasanya selepas itu.

Kebaikkan:
Pahala yang banyak
Kehidupan dan pemikiran dipenuhi dengan ayat2 al quran
Memudahkan proses penghafalan Al-Quran
Mendalamkan rasa cintakan al-Quran
Mengurangkan diri daripada melakukan perkara lagha
Sekiranya constant khatam semasa umur 30, pembaca akan khatam Al-Quran sebanyak +-
360!!( kalau umur sampai 60)

Prosedur:
Khatam al-quran pada bulan ramadhan seperti biasa
Namun selepas tamatnya ramadhan, pembaca kembali semula pada rutin dengan menambah 2
lagi mukasurat.
E.g Sekiranya sebelum ini membaca 2 m/s, selepas bulan ramadhan +2 lgi.
Biasakan bacaan baru ni selama setahun iaitu sehingga ramadhan akan datang.
Pada ramadhan yg datang, lakukan rutin yg sama iaitu khatam dalam masa sebulan.
Selepas tamatnya ramadhan, tambah lagi 2m/s.
Teruskan rutin ini sehinggalah capai 20 m/s.

Rasional prosedur:
Pada bulan ramadhan, kita telah memaksa diri melalukan satu perubahan yang besar iaitu dari
2m/s ke 20 m/s. Oleh itu, selepas tamatnya ramadhan, menambah 2 m/s pada rutin tidak akan
memberi impak yang ketara pada psikologi kerana perubahan itu terlalu kecil jika dibandingkan
dengan bulan ramadhan. Selain itu, pengamalan rutin ini selama setahun adalah supaya rutin ini
sudah sebati dan tidak berat untuk pembaca.

Continue reading