Image and video hosting by TinyPic
Kamu tidak perlu mengenali kami kerana kami di kalangan kamu semua yang saling memperingatkan kepada Allah dan Rasul.

Wednesday 29 April 2015

    Rasanya semua pernah dengar kisah di mana seorang lelaki telah membunuh ramai manusia sehingga mencapai angka 99. Pada suatu hari, dia pergi berjumpa seorang and rahib dan bertanya " Aku telah membunuh seramai sembilan puluh sembilan orang manusia, adakah taubatku masih diterima?” rahib tersebut pun menjawab "Tidak".


     Mendengar jawapan itu, dia tidak puas hati, terus naik marah lalu membunuh rahib tersebut dan genaplah jumlah seratus orang manusia yang telah dibunuhnya . Kemudian lelaki itu berjumpa dengan seorang alim dan bertanyakan perkara yg sama kerana dia masih ada niat untuk berubah.

    Orang alim tersebut menjawab: “Ya! Siapakah yang menghalang seseorang dari bertaubat?” . Alim itu juga menyuruh lelaki itu pindah ke tempat yang ramai orang beribadat.

    Maka lelaki itu berhijrah dengan takdir Allah dia meningal dunia ketika dalam perjalanan. Melihat kejadian itu, menyebabkan Malaikat pembawa rahmat dan Malaikat Azab (malaikat yang ditugaskan menyeksa) bertelingkah mengenainya. Kemudian Allah ilhamkan kepada mereka untuk mengukur jarak dari tempat tinggalnya dengan tempat dia hendak berhijrah. Alhamdulillah, tempat hijrahnya lebih hampir dengan jenazahnya dan dia diambil oleh malaikat rahmat.

    Ibrah(pengajaran) utama dari kisah ialah seseorang itu mempunyai peluang untuk bertaubat walaupun dosanya seluas langit dan bumi. Namun,terdapat satu lagi ibrah yg penting tetapi selalu terlepas pandang sebab ia tersirat. Ibrah tentang betapa pentingnya masa. Mass? Bahagian manakah yang menceritakan tentang masa?

    Baiklah, mari kita buat andaian/assumption dia mulakan hijrahnya 5 minat lambat kerana lalai seperti tidur, menunggu cuaca redup, check whatsapp (contoh =D). Maka perjalannya akan short lima minit dan mungkin jarak jenazahnya dgn tmpt tinggalnya lebih dekat!!

Oleh itu pembaca yang dirahmati Allah sekalian, gunakanlah segala masa yg ada untuk kebaikan. Seperti saya katakan di atas, kelambatan 5 minat tu mungkin memberi kesan atau tidak. Tetapi sebagai seorang yang percaya kehidupan akhirat, tanya diri sendiri.

Sanggupkah anda merisikokan kehidupan anda di akhirat yg hidupnya tiada penghujung/infinite hanya untuk merasa kelalaian 5 minit?

Hmmmm.




     Ingatlah kata-kata Imam Hasan al-Bana : 'masa itu ialah kehidupan'. Apabila habisnya masa bermaksud berakhirnya kehidupan. Maka apa yang kita lakukan dengan masa yang ada maka itulah kehidupan kita .

Jadi, berbaloikah 5 minit anda?
Continue reading

Tuesday 21 April 2015

Pejam mata, kemudian buka secara perlahan-lahan…

Perhatikan setiap liku-liku hidup yang pernah ditempuhi. Setiap keseronokan yang pernah dibiarkan begitu sahaja tanpa kewujudan tubuh ini. Kepahitan yang dilalui dengan penuh duka dan muram ketika berusaha untuk menyelesaikan setiap masalah yang datang tanpa henti. Percaya, di sebaliknya terdapat perancangan yang begitu rapi daripada Tuhan. Memetik kata-kata insan zuhud ‘God provides options, People make decisions’ menunjukkan di sepanjang perhentian kehidupan, ada terdapat sentuhan daripada pencipta untuk menjadikan seorang pencinta dengan penyediaan jalan-jalan yang tertentu.


Seterusnya di sebalik setiap perancangan Tuhan tersebut, pernahkah terfikir kadang-kala manusia langsung tiada hak untuk memilih, mungkin kerana telah terlalu jauh menyimpang. Analogi bagi situasi ini seperti seorang pelajar lepasan SPM yang menerima tawaran ke Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Pelajar ini telah mencuba pelbagai tipu helah untuk mengelak daripada melangkah ke program tersebut dengan menyatakan rayuan pembatalan dan mendapatkan surat palsu daripada doktor. Namun, tiada satu pun usahanya berhasil dan akhirnya terpaksa juga menghadirkan diri ke PLKN.

Hari demi hari setelah berada di program itu, tanpa disedari aturan itulah yang telah perkenalkan kepada pelajar itu istilah baru dalam hidupnya seperti solat, surau, dan menutup aurat yang kian sebati dengan kehidupan pelajar itu. Di situlah rupa-rupanya menjadi titik pertemuan dengan perubahan lantas pembebasan daripada kebodohan secara beransur-ansur. Jelas, walau dalam keadaan terpaksa meletakkan daya tanpa kerelaan diri sendiri, terbit sinar dalam hidupnya melalui jalan yang tidak diduga.

Celik mata hati, perlukah untuk merungut sebenarnya? Jika aturan hidup yang pedih ini bertujuan untuk anugerahkah sesuatu ganjaran yang besar. Adakah banglo empat tingkat? Ataupun kereta 5000 sisi? Tidak, namanya Islam dan Iman. Itulah yang sebenarnya besar walupun ringan di mulut. Lihat berulang kali, adakah ujian ini sebagai peluang atau penghalang? Sepertimana peperiksaan yang ingin membuktikan prestasi kefahaman akademik seseorang sekian juga ujian kehidupan untuk memberi peluang kepada seseorang bagi menilai tahap keimanan kepada Tuhan, tanpa disedari.

Jika ditakdirkan individu berikut diberikan ujian kemiskinan. Perspektif akan terbahagi kepada dua iaitu penghalang atau peluang. Penghalangnya dari sudut perbandingan dengan orang kaya, dia tidak dapat membeli buku yang mahal bagi membantunya membuat rujukan. Tiada harta lebihan untuk dia menghadiri kelas tambahan yang dikendali oleh guru handalan. Jadi sikap manja berikut akan melihatkan kemiskinan ini sebagai penghalang.

Di sudut yang bertentangan pula, kemiskinan ini boleh jadi peluang untuk dia membuktikan orang miskin boleh merubah kehidupan diri dan keluarganya. Ihktiar hidupnya pasti besar, terpaksa mengerah keringat sendiri mencari duit untuk membeli buku dan mencari buku seniornya yang telah lama. Ini peluang untuk tunjukkan sesiapa sahaja yang berusaha boleh berjaya tanpa mengira latar belakang keluarga.

Sudah pastinya ujian akan datang dalam pelbagai bentuk mengikut kesesuaian individu seperti pergolakan rumah tangga, kematian insan tersayang dengan mengejut, dan kemalangan tanpa diduga. Namun, semuanya masih didasarkan kepada kesanggupan dan kemampuan seseorang biarpun terkadang menghirau soal kekuatan.



Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat yang ke-286 menjawab betapa berat beban yang ditanggung, masih mengikut kesanggupan yang tinggi. Mungkin manusia yang kurang sedar kemampuan sendiri akan mengeluh kerana sukar meneliti diri. Akhir sekali, pejam mata, kemudian perlahan-lahan membukanya dengan merasai indahnya aturan kehidupan daripada sentuhan Ilahi yang telah menjejak sejauh ini, segaris senyuman akan terukir di bibir.

setuju dengan kami? Do comment!!
Continue reading