Image and video hosting by TinyPic
Kamu tidak perlu mengenali kami kerana kami di kalangan kamu semua yang saling memperingatkan kepada Allah dan Rasul.

Saturday 30 April 2016





Tak dapat dinafikan, setiap manusia di muka bumi ini ada kawan, rakan, teman atau apa jua gelaran yang seangkatan dengannya. Dialah tempat kita berkongsi tangis dan tawa. Dialah yang menemani kita sewaktu susah, mendampingi kita sewaktu senang.

That may sounds a lot like a ‘motivational book’-ish sort of sentence, but trust me, most of us do have that someone.



Namun begitu, manusia itu tetap manusia. Namanya manusia itu sudah pasti ada satu sifat yang cukup menarik untuk dibincangkan. Sifat ini timbul dek kerana perasaan superior (yang tidak terkawal) akan diri sendiri. Sifat ini mampu untuk memutuskan ikatan silaturrahim walaupun yang sudah lama terjalin. Na’uzubillah.

Dan ohh… sifat itu ialah EGO.

Tidak dinafikan bahawa sifat ego ini teramatlah sukar untuk dibendung. Lebih-lebih lagi kita hidup dizaman dimana manusia itu semakin lantang melontarkan pendapat masing-masing. Sudah tentunya pendapat sendiri akan dirasakan lebih ‘masuk akal’.

There are always two sides of a coin.



Berkenaan isu ‘pendapat’ ini, kisah solat asar ketika peperangan bani quraizah bagi saya membawa makna yang sangat besar untuk kita memahami hakikat perbezaan di dalam hidup ini.

Kisah penuhnya panjang, tetapi saya kira cukup untuk kita sekadar memahami perkara berikut;

“Janganlah ada satupun yang shalat ‘Ashar kecuali di perkampungan Bani Quraizhah”
 [HR. Bukhâri, al-Fath, 15/293, no. 4119]

Para sahabat berbeza pendapat dalam menafsirkan hadis ini, ada yang berkata solat asar harus dilakukan di bani quraizah walaupunsudah terkeluar daripada waktu dan ada pula yang mengatakan waktu solat lebih utama untuk dijaga. Apabila dirujuk kepada Rasulullah, Rasulullah menerima pendapat kedua-duanya. Dan sangat indah akhlak para sahabat, dalam berbeza pendapat tetap dikekalkan persahabatan antara mereka dan tidak digaduh-gaduhkan.

Daripada kisah ini jelas, berbezaan pendapat itu berlaku sejak sebelum Rasulullah wafat lagi. Namun keprofesionalan para sahabat dalam mengendalikan perbezaan pendapat ini sangatlah mengagumkan. Mereka sangat hampir dengan Rasulullah, mereka sangat faham situasi keadaan hadis tersebut, jadi, they have all the reasons untuk merasakan yang tafsiran mereka tepat. Namun mereka tetap menghormati pandangan yang lain dan akhirnya isu itu diselesaikan dengan aman. 

Satu perkara lagi,cantiknya kisah ini adalah apabila Rasulullah menerima kedua-dua pandangan tersebut. Ini menunjukkan, dengan jelasnya, bahawa bukan siapa betul atau siapa salah soalnya, namun sejauh mana kita, dengan kefahaman yang kita ada, cuba semaksima mungkin untuk menunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang muslim.

Mengaplikasikan kefahaman ini dalam persahabatan, terkadang, apabila terjadi sesuatu situasi dimana kita perlu untuk berpendapat, dan sahabat kita mempunyai pendapat yang berbeza, ingat dan renungkanlah kisah ini. Sayangilah persahabatan kita. Campak ego kita itu sejauh-jaunya. Luangkan masa untuk mendengar pendapat orang lain.

Perbezaan itu fitrah, namun bagaimana kita menguruskannya yang menentukan sama ada ia musibah ataupun anugerah.


Sama-samalah kita berusaha menjadi sahabat yang baik kerana persahabatan sesama muslim itu jauh lebih bernilai daripada ego kita. Wallahu’alam.
Continue reading

Sunday 24 April 2016

24 April 2016: Budak Baru Masuk Sekolah.

Macam biasa. Lepas perhimpunan, terus masuk kelas, ready nak belajar. Cehh~

Tapi, hari ini tak macam biasa.

Awal-awal pagi, Cikgu Muazzin (guru kelas) masuk kelas aku. Katanya,
“Hari ni, kita ada member baru mau join the club! Hahha. Jadi, tolong behave. Ok? Nice.”

Habis saja Cikgu Muazzin cakap, dia terus panggil sorang mamat (entah sapa entah) masuk dalam kelas. Diri sebelah dia.

“Introduce yourself”

“Assalamualaikum semua. Nama saya Mus’ab Umayr bin Awaluddin. Asal Johor. Baru pindah sini minggu lepas sebab ayah tukar tempat kerja. Selamat berkenalan”

“SELAMAT BERKENALAN!”, satu kelas aku bersuara. Seronok benar dapat kawan baru.
Habis kenalkan diri, dia terus duduk kat meja kosong sebelah aku. Lepas tu, kami pun berhuhuhu.

..........(^.^)..........

Pagi tu, kelas PAI. Patutnya ustaz sambung ajar bab favourite aku: Munakahat. Tapi, cewaaaa. Tak tau pasai apa, ustaz cerita pasal budak baru tu.

“Sebab kita ada member baru, hari ni ustaz nak citer pasal Mus’ab bin Umair”

“Sapo seh Mus’ab ni?”, aku cakap dalam hati.


Rupa-rupanya, Mus’ab bin Umair tu SAHABAT Rasulullah.


Mus’ab ni dulu, kecik-kecik dah lahir dalam family yang hidup senang-lenang. Kaya. Bangsawan. Hartawan. Cuma tak tinggal kat awan. Hambar. Hehhe.

Sehinggakan kalau beliau tengah jalan nak pi kedai, orang dah tau dah sapa datang disebabkan minyak wangi beliau yang unik dan mahal. Plus, beliau sangat hensem and attractive. Boleh kata PERFECT 100 la.

Lepas terima Islam, beliau berubah secara TOTAL.

Suatu hari, mak Mus’ab mogok (tak nak makan, tak nak minum), ugut beliau supaya keluar daripada Islam. Tapi, Mus’ab hanya kata,

“Seandainya ibu mempunyai seratus nyawa sekalipun, kemudian nyawa ibu keluar satu-persatu, sesungguhnya saya sekali-kali tidak akan meniggalkan Islam”.
(Mus’ab Umair, n.d.)

Berpegang teguhnya Mus’ab dengan Islam, kan?

Dan hang tau tak.. Mus’ab inilah orang Islam pertama dari Mekah yang jejak kaki kat Madinah!

Pada 621 Masihi, 12 orang Madinah datang jumpa nabi kat Mekah dan termeterainya Perjanjian Aqabah 1. Lepas agreement itu, nabi decided untuk suruh Mus’ab pi Madinah. Ajar orang kat sana pasal Islam. Waktu Mus’ab terima arahan itu, beliau tak argue banyak. Just taat dan buat saja apa-apa nabi suruh.

Pada 622 Masihi, 75 orang Madinah pula datang jumpa nabi kat Mekah dan termeterainya Perjanjian Aqabah 2.

75 – 12 = 63 orang, bruh!

Beza SETAHUN je!! Macam mana Mus’ab sorang saja, dapat Islamkan 63 orang? Bukan calang-calang orang, bruh, sis. (*kagum intonation*)

Tapi, sayang. Rasulullah sangat sedih dengan Mus’ab saat kematian beliau.

“Dah kenapa? Mus’ab buat hal ke?!”

Time nak kafankan tu, kain kafan tak cukup. Nak tutup muka, kaki terdedah. Nak tutup kaki, muka terdedah. Last-last, nabi dan para sahabat tutup muka Mus’ab dan guna daun-daun kayu untuk tutup kakinya.

-TAMAT-

Itulah kisah Mus’ab bin Umair. Daripada seorang yang kaya-raya, terima Islam, terus berubah secara TOTAL. Tinggalkan segala nikmat dunia dan zuhud, rendah diri. Sampai waktu meninggal dunia pun, tak cukup kain kafan.

Kita hari ini, LALAI dengan hiburan dunia. Setiap masa main PS4, dengar lagu-lagu lagho, hari-hari main doto sampai mak kat dapur panggil minta tolong tengokkan ayam dalam kuali pun, tak dengar.

Habis hangus! Ish ish ish.

Konklusinya, jom mulai hari ini kita bertekad untuk jadi macam Mus’ab!

Kurangkan tabiat lalai dengan hiburan dunia itu dan sibukkan diri dengan buat benda-benda yang lebih berfaedah: baca Quran, jemur baju, masakkan makanan untuk housemates, join majlis ilmu or usrah, contribute something to ummah dan sebagainya.

Susah nak tinggalkan? Tak apa. Slow-slow. One step at a time.

Akhir kalam,
Wallahualam.



Continue reading

Tuesday 12 April 2016


Pakar Maksiat




Aku rasa semua orang pernah rasa bosan, muak dan menyampah. Dah bila menghadap benda sama je setiap hari. Ataupun bosan akan kau rasa bila kau dah melepasi tahap kemuncak. Bila semua benda kau dah terai.

Aku cuba bagi kau paham degan aku samakan dengan realiti kehidupan kita seharian.

Contohnya bila kau pergi melawat Menara KLCC. Mula-mula semua orang akan teruja bila tengok bangunan pencakar langit. Bentuknya yang lawa, berbucu-bucu, tajam-tajam dan yang paling hebat, bangunan tu mampu bertahan berpuluhan tahun tanpa runtuh walaupun tinggi sangat.

Tapi lama-kelamaan kau tak akan rasa apa-apa. Bila kau dah selalu pergi sana, tak pandang Menara tu pun kau rasa tak pe. Tambah lagi bila kau dah kerja sana. Buat dek je.

Apa yang aku nak cakap sekarang ni yang aku dah bosan dengan maksiat yang aku dah buat. Boleh kata dalam seumur hidup aku semua jenis maksiat aku pernah buat. Dah nama pun maksiat mestilah best.

Best pada permulaannya, tapi bila aku pikir balik dalam-dalam. Sia-sia je aku buat semua ni.

Dalam hidup aku, aku kaji apa benda maksiat yang susah yang nak sangat manusia buat. Kalau korang main game macam kita lawan big boss at final stage.

Tapi tu lah, bila aku dah kalahkan big boss, bila aku dah buat maksiat yang boleh dikatakan paling best, aku tetap rasa kosong.

Aku menyesal aku buat maksiat tu, sebab tetap sia-sia. Tetap aku tak rasakan kepuasan.

Kalau boleh aku nak share dengan semua kaki maksiat kat luar sana, janganlah cuba. Tak bawak kau ke mana pun.

Tu Cuma masalah lampau aku, kegelapan aku sebelum aku temui terang. Penyuluh kepada jalan yang betul.

Bila aku dapat terang bulan tu, baru aku tahu ada benda lagi best sebenarnya daripada kejar kehendak manusia. Aku dah selalu jumpa, tapi aku abaikan je bila orang datang pada aku, terangkan pada aku yang syurga itu lagi best. Ada macam-macam. Dari saat tu aku tahu, di dunia ni bukan kehidupan sebenar. Tapi bila lepas mati, baru akan aku dibangkitkan dalam dunia yang tak de tamat tempoh.

So, bila dah lama-lama aku jadi tertarik dengan syurga. Dah aku pun dah takde benda nak buat. Maksiat semua aku dah bosan buat. Aku nak pulak rasa macam mana rasa kepuasan yang kekal.

Then,kalau nak masuk syurga pulak kena ajak orang masuk syurga.

So, aku harap bila aku share pengalaman aku buat maksiat tahap paling tinggi ni dapatlah hentikan korang semua yang baru nak mulakan buat maksiat atau dah buat maksiat, tapi masih meneruskannya. Sebab semua tu sia-sia dan syurga lebih nikmat daripada benda tu semua.

Bila timbul persoalan besar dalam diri aku sama ada adakah Allah akan menerima aku lagi walaupun aku dah bergelumang dalam dosa.

Allah hantarkan seseorang untuk beri jawapan daripada Al-Quran.

“dan juga mereka tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak(yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina;dan sesiapa melakukan demikian, akan mendapat balasan dosa;” (25:68)

Aku dah cuak, dan bertambah cuak bila

“Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat,dan ia pula akan kekal di dalam azab itu denga menerima kehinaan,”(25:69)

But finally,

“Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan(pada tempatnya) kejahatan mereka dengan kebaikan;dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Bila dengar ayat ni aku taklah rasa tenang, tapi aku rasa disayangi. Masih ada peluang untuk aku bertaubat. Dan aku perlu lakukan dengan sehabis baik untuk masuk ke Syurga Allah. Tiada jalan untuk aku patah balik ulangi maksiat. Tinggalnya untuk beriman dan beramal.

Dan aku tak nak tunggu korang jadi macam aku baru nak insaf, sebab gundah gelana dan rasa gelisah bila buat salah mampu jadikan aku hampir gila.
Continue reading

Tuesday 5 April 2016

 
   Sepanjang zaman persekolahan, subjek yang paling saya tidak minati ialah Bahasa Melayu dan Inggeris. Saya tidak minat BM dan BI kerana saya tidak begitu pandai dalam bahagian penulisan iaitu karangan.Ini mungkin kerana sejak sekolah rendah saya diajar dengan meniru berpuluh-puluh karangan dalam buku contoh karangan dan tidak cuba mengarang dengan sendiri sehingga menyebabkan karangan saya menjadi rigid, tidak kreatif, mundane, by the book dan etc. Berbeza pula dengan pelajar lain di mana setiap kali saya membaca karangan mereka, pasti akan cemburu dan berfikir “kenapa aku tidak terfikir sedemikian?” . Disebabkan itu, tidak terlintas dalam benak kepala untuk menulis karangan, artikel, journal atau yang sewaktu dengannya kerana selepas spm, saya mengambil subjek sains dan menolak sepenuhnya sastera. Sehinggalah sekarang.....

     Terdapat beberapa sebab saya mula menulis semula. Antaranya adalah kerana menulis itu sendiri sebenarnya penting. Lihat sahaja sekolah rendah, tiada sekolah yang tidak mengajar pelajar 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Ini kerana 3M ini merupakan fundamental bagi setiap manusia dalam menguruskan kehidupan seharian. Selain itu, keperluan menulis tidak terhenti setelah mengambil subjek sains di universiti atau tidak bekerja sebagai penulis. Keperluan untuk menulis tidak akan berkurang sama ada untuk menulis resume, menulis kertas kerja jika hendak melakukan sesuatu projek dan lain-lain lagi. Oleh itu, sudah pasti menjadi kelebihan bagi individu yang selalu dan pandai menulis.

     Sebab yang kedua dan yang terpenting ialah kerana agamaku. Rasanya sudah jelas bahawa kebanyakkan (mungkin semua) artikel yang saya tulis setakat ini adalah berbentuk tarbiah dan keagamaan. Ini kerana syed qutb pernah berkata ‘satu peluru hanya mampu menembusi satu kepala namun satu tulisan bisa menembusi ribuan kepala, malah jutaan’. Cukuplah kata-kata ini untuk mengatakan kepada orang Islam bahawa semangat menulis satu perkara yang perlu ada dalam setiap jiwa mereka. Dalam buku On Writing, tulisan Stephen King, dia mengatakan buku ini boleh diketegorikan sebagai satu bentuk telepati. Ini kerana buah fikiran penulis dapat sampai kepada orang lain walaupun penulis itu tidak bercakap ataupun pernah bersua dengan pembaca malah penulisan itu dapat merentas masa. Saya sangat setuju dangan kata-katanya. Cuba kita bayangkan sekiranya tokoh tokoh Islam seperti Syed Qutb, Ammar Ar-Rasyid, Mustafa Mashyur dan banyak lagi tidak menulis buku, sudah pasti buah pemikiran mereka tidak akan sampai kepada kita pada hari ini dan kita mungkin akan hidup dalam kegelapan dan kesesatan.

     Akhir sekali, saya banyak menulis agar menjadi batu loncatan dan inspirasi untuk orang lain. Seperti yang saya katakan di atas, menulis bukanlah kekuatan saya dan saya yakin ramai di luar sana yang berpuluh-puluh kali ganda hebat daripada saya. Saya berharap dengan penulisan saya ini boleh membantu mereka untuk mengetahui permikiran masyarakat pada zaman ini kerana setiap permikiran atau cara penyampaian yang berkesan berbeza bagi setiap zaman. Saya juga berharap agar penulisan saya menjadi inpisirai kepada individu-individu yang mempunyai bakat menulis kerana kalau orang yang kurang pandai menulis pun mengetahui kebaikan dan kepentingan menulis serta telah menulis banyak aritkel, apa lagi alasan mereka.

     Kesimpulannya, saya akan terus menulis kerana saya percaya setiap manusia berupaya untuk menjadi baik dalam setiap perkara jika dia berusaha. Doakan agar saya selalu menulis, bantulah dengan mengkritik artikel saya dan mulalah memupuk keinginan untuk menulis. Anda mungkin penulis yang dinanti-nantikan masyarakat. Wallahualam.

Continue reading