Image and video hosting by TinyPic
Kamu tidak perlu mengenali kami kerana kami di kalangan kamu semua yang saling memperingatkan kepada Allah dan Rasul.

Tuesday 5 April 2016

Why I write

 
   Sepanjang zaman persekolahan, subjek yang paling saya tidak minati ialah Bahasa Melayu dan Inggeris. Saya tidak minat BM dan BI kerana saya tidak begitu pandai dalam bahagian penulisan iaitu karangan.Ini mungkin kerana sejak sekolah rendah saya diajar dengan meniru berpuluh-puluh karangan dalam buku contoh karangan dan tidak cuba mengarang dengan sendiri sehingga menyebabkan karangan saya menjadi rigid, tidak kreatif, mundane, by the book dan etc. Berbeza pula dengan pelajar lain di mana setiap kali saya membaca karangan mereka, pasti akan cemburu dan berfikir “kenapa aku tidak terfikir sedemikian?” . Disebabkan itu, tidak terlintas dalam benak kepala untuk menulis karangan, artikel, journal atau yang sewaktu dengannya kerana selepas spm, saya mengambil subjek sains dan menolak sepenuhnya sastera. Sehinggalah sekarang.....

     Terdapat beberapa sebab saya mula menulis semula. Antaranya adalah kerana menulis itu sendiri sebenarnya penting. Lihat sahaja sekolah rendah, tiada sekolah yang tidak mengajar pelajar 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Ini kerana 3M ini merupakan fundamental bagi setiap manusia dalam menguruskan kehidupan seharian. Selain itu, keperluan menulis tidak terhenti setelah mengambil subjek sains di universiti atau tidak bekerja sebagai penulis. Keperluan untuk menulis tidak akan berkurang sama ada untuk menulis resume, menulis kertas kerja jika hendak melakukan sesuatu projek dan lain-lain lagi. Oleh itu, sudah pasti menjadi kelebihan bagi individu yang selalu dan pandai menulis.

     Sebab yang kedua dan yang terpenting ialah kerana agamaku. Rasanya sudah jelas bahawa kebanyakkan (mungkin semua) artikel yang saya tulis setakat ini adalah berbentuk tarbiah dan keagamaan. Ini kerana syed qutb pernah berkata ‘satu peluru hanya mampu menembusi satu kepala namun satu tulisan bisa menembusi ribuan kepala, malah jutaan’. Cukuplah kata-kata ini untuk mengatakan kepada orang Islam bahawa semangat menulis satu perkara yang perlu ada dalam setiap jiwa mereka. Dalam buku On Writing, tulisan Stephen King, dia mengatakan buku ini boleh diketegorikan sebagai satu bentuk telepati. Ini kerana buah fikiran penulis dapat sampai kepada orang lain walaupun penulis itu tidak bercakap ataupun pernah bersua dengan pembaca malah penulisan itu dapat merentas masa. Saya sangat setuju dangan kata-katanya. Cuba kita bayangkan sekiranya tokoh tokoh Islam seperti Syed Qutb, Ammar Ar-Rasyid, Mustafa Mashyur dan banyak lagi tidak menulis buku, sudah pasti buah pemikiran mereka tidak akan sampai kepada kita pada hari ini dan kita mungkin akan hidup dalam kegelapan dan kesesatan.

     Akhir sekali, saya banyak menulis agar menjadi batu loncatan dan inspirasi untuk orang lain. Seperti yang saya katakan di atas, menulis bukanlah kekuatan saya dan saya yakin ramai di luar sana yang berpuluh-puluh kali ganda hebat daripada saya. Saya berharap dengan penulisan saya ini boleh membantu mereka untuk mengetahui permikiran masyarakat pada zaman ini kerana setiap permikiran atau cara penyampaian yang berkesan berbeza bagi setiap zaman. Saya juga berharap agar penulisan saya menjadi inpisirai kepada individu-individu yang mempunyai bakat menulis kerana kalau orang yang kurang pandai menulis pun mengetahui kebaikan dan kepentingan menulis serta telah menulis banyak aritkel, apa lagi alasan mereka.

     Kesimpulannya, saya akan terus menulis kerana saya percaya setiap manusia berupaya untuk menjadi baik dalam setiap perkara jika dia berusaha. Doakan agar saya selalu menulis, bantulah dengan mengkritik artikel saya dan mulalah memupuk keinginan untuk menulis. Anda mungkin penulis yang dinanti-nantikan masyarakat. Wallahualam.

Show comments
Hide comments

3 comments:

  1. Terbaik...ianya adalah satu motivasi bagi saya..sebab sya akui saya tak suka menukis...terima kasih sahabat..doakan saya supaya ubah sikap tidak suka menjadi suka.assalamualaikum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Moga bermanfaat untuk semua. Ameen..

      Delete
  2. Terbaik...ianya adalah satu motivasi bagi saya..sebab sya akui saya tak suka menukis...terima kasih sahabat..doakan saya supaya ubah sikap tidak suka menjadi suka.assalamualaikum.

    ReplyDelete