Image and video hosting by TinyPic
Kamu tidak perlu mengenali kami kerana kami di kalangan kamu semua yang saling memperingatkan kepada Allah dan Rasul.

Wednesday 30 March 2016

Hey, Allah is always there for you

               



 Tak ada seorang pun dalam dunia ni yang kehidupannya sentiasa baik. Pasti ada masa dia akan gembira, dan ada masa dia akan sedih. Tangis dan tawa inilah yang mencorakkan kehidupan kita. Adanya kesedihan menyedarkan kita akan manisnya gembira. Adanya gembira mengajarkan kita akan peritnya sedih.

                Namun manusia itu tetap manusia. Jikalau gembira lupa segalanya. Kalau sedih, rasa seolah-olah dialah yang paling malang di dalam dunia. Terkadang rasa sedih itu sangat melukakan sehingga ada yang sanggup membunuh diri sendiri. Bila sedih, segala-galanya dirasakan seolah-olah tiada makna.

                Datangnya Islam mengajar kita bahawa terkadang rasa sedih itu sebenarnya surat cinta dari Allah untuk hambanya agar hambanya itu ingat padaNya. Kegagalan itu sebenarnya hanyalah peringatan untuk kita bahawa kita ada Allah yang berkuasa keatas segala-galanya dan dia mampu untuk menggagalkan usaha kita. Kerana bagi seorang muslim itu adanya Allah yang mengatur segala-galanya dalam hidup.


                Dan cantiknya Islam, ia juga mengajar kita yang kita mampu untuk mengadu dan meminta sesuatu daripada Allah melalui doa. Doa adalah senjata bagi orang mukmin. Bukan sekadar itu, doa itu juga dijamin akan didengari.

"Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.”
Al-Ghafir:60

                Perlu untuk kita itu sedar, terdapat 3 cara Allah membalas doa kita.
1)      Kita minta, Allah terus mengabulkannya.
2)      Kita minta, Allah tangguhkan pengabulannya beberapa ketika, tetapi tetap dikabulkan.
3)      Kita minta, Allah beri sesuatu yang lebih baik untuk kita daripada apa yang kita minta.

                Cumanya, manusia ini terlalu gopoh dalam bersangka sehingga dianggap Allah menolak doaNya kerana dia tidak dapat apa yang diingini. Hatta iblis laknatullah itupun Allah kabulkan doanya untuk nyawa yang panjang. Percaya dan berbaik sangkalah pada Allah, kerana Dia Maha Mengetahui.



                Begitulah hakikatnya doa itu bagi seorang mukmin. Ia adalah senjata yang tidak ternilai kuatnya.

                Oleh itu, saat segalanya seperti tidak menjadi, harapan seolah-olah sudah tiada lagi, semuanya serba tak kena, kehidupan seakan tiada maknanya lagi…. Ingatlah, kita muslim ada Allah yang mampu untuk mengampunkan dan berkuasa untuk mengubah sebagaimanapun sesuatu keadaan itu mengikut kehendaknya. Sungguh! Hidup ini ajaib dengan doa. Berdoalah.

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.”
Al-Baqarah:186

When life seems too hard to handle, and it feels like there is no more hope …..

Hey, Allah is always there for you

No comments:

Post a Comment