Image and video hosting by TinyPic
Kamu tidak perlu mengenali kami kerana kami di kalangan kamu semua yang saling memperingatkan kepada Allah dan Rasul.

Tuesday, 8 March 2016

Nak beli apa nak bawak balik ni?



“Mak cik, boleh bagi saya pisang seikat?”

Pisang, kenapa mesti pisang? Sebab saya tengah pisang. Hurmmm…

Taklah. Sebenarnya saya ingin menekankan tentang berjual beli. Sesungguhnya manusia tidak terlepas daripada menjalankan urusan membeli atau menjual dalam kehidupan seharian.

Bangun pagi, kita bangun di atas tilam lembut. Baru je semalam beli tilam tu. Nak gosok gigi, ,kita guna ubat gigi yang kita beli bulan lepas, belum habis lagi. Lepas tu, nak pergi kerja nak naik komuter, mesti la kena beli tiket. Then baru kita dapat gunakan servis komuter tu untuk pergi ke pejabat. Sampai tempat kerja, kita tegur kawan…

“hurm, bau kedai lah. Berapa harga baju baru kau ni?”

Kawan jawab, “murah je bro, ada sale di Uziqlo. So aku angkutlah”

Pembelian yang sangat berbaloi bukan bila ada potongan harga? Sudah tentu jika boleh kita ingin beli barang yang paling berkualiti dengan harga yang murah. Ya, sebab bukan peniaga sahaja mahu kaut keuntungan, pembeli juga ingin jadi pihak yang beruntung. Kerana itulah ada yang sanggup tunggu sampai ke hujung tahun untuk dapatkan diskaun yang hebat.

Ok, cuba masuk dalam sikit. Kehidupan kita juga mempunyai nilai melalui pengorbanan. Kita sanggup bekerja walaupun lelah semata-mata untuk mencari rezeki. Melalui duit gaji tu, nak beli pakaian, makanan dan keperluan lain untuk seisi keluarga. Tapi bagaimana pula dengan orang yang mati untuk Maharaja mereka seperti tentera Jepun? Lebih-lebih lagi orang lain yang sanggup gadaikan nyawa untuk tujuan yang tidak jelas. Di mana nilai kehidupan mereka.

Jelas. Manusia mampu menukarkan nyawa dengan sesuatu yang dianggap lebih bernilai. Maka beruntunglah sesiapa yang sanggup gadaikan nyawa untuk agama Allah. Buktinya…

 “wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?”

“Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui.” (61:10 & 11)

Pencipta kita nak beli seluruh kehidupan kita. Bayarannya, terselamat daripada api neraka. Mudah! Kita bayar dengan hidup kita yang sementara, dapat syurga yang tiada penyudahnya. Mudah nak cakap sebab susah sangat nak buat. Fikirlah apa yang paling bernilai dalam dunia ini kalau dibandingkan dengan syurga yang tiada ancaman dan kesusahan. Jangan banyak sangat fikir tau, risau nanti kematian dah dekat, tapi masih tak buat apa-apa. Sebab, pemisah antara pembelian yang terbesar ini hanyalah kematian.                   

No comments:

Post a Comment