Image and video hosting by TinyPic
Kamu tidak perlu mengenali kami kerana kami di kalangan kamu semua yang saling memperingatkan kepada Allah dan Rasul.

Tuesday 30 August 2016

Diari anak merdeka

31 ogos 20X3
   
Hari ini merupakan pertama aku mewakili sekolah aku untuk perarakan kemerdekaan di stadium XYZ. Dapat aku lihat betapa meriahnya perarakan ini dengan penglibatan pelbagai pihak seperti polis,askar , bomba dan banyak lagi. Setelah tamatnya perarakan daripada sekolah aku, kami perlu menunggu sehingga semua acara tamat sebelum ini. Melihat kebosanan murid-muridnya menunggu, maka cikgu pun bertanya kepada kami, ‘Apakah maksud kemerdekaan?’ Sebagai pelajar darjah satu, jawapan majoriti yang diberikan ialah; ‘Merdeka tu setiap 31 Ogos dan masa tu satu Malaysia cuti’. Cikguku tertawa kecil mendengar jawapan kami lalu berkata,’Merdeka itu ialah pembebasan tanah melayu daripada dijajah oleh british dan tarikhnya pada 31 Ogos 1957 dan rakyat Malaysia memperingatinya dengan menyambut hari kemerdekaan pada setiap 31 Ogos. Ramai daripada kami mengangguk tanda memahami maksud ‘sebenar’ kemerdekaan.

31 Ogos 20X5

 Merdeka!Merdeka!Merdeka! Aku melihat di television perarakan kemerdekaan pada tahun XX. Perarakan pada tahun ini jauh lagi hebat dan meriah berbanding ketika aku mewakili sekolah aku dahulu. Begitu juga perasaan aku, perasaan gembira dan bangga dengan Malaysia ketika ku kanak-kanak saban tahun makin pudar. Kenapa? Itulah soalan yang sering di benak fikiran aku. Mungkin kerana walaupun negara ini merdeka, aku lihat masih ramai kawanku yang berfoya-foya tanpa tujuan, melakukan banyak aktiviti songsang. Mungkin juga kerana walaupun negara ini merdeka, aku lihat pimpinan negara bercelaru, bergaduh semata-mata untuk mempertahankan kerusi mereka di parlimen. Atau mungkin kerana diriku ini yang masih terperangkap dalam dunia maksiat. Persoalan ini sering ku fikirkan jawapannya namun jawapan terbaik yang aku dapati hanyalah sebuah teori. Teori di mana manusia tidak akan terlepas daripada perhambaan. Memerdekakan diri dari satu penjajahan sebenarnya hanya memasuki manusia itu ke perhambaan lain. Malangnya, tidak siapa yang dapat mengesahkan jawapan aku ini.....

31 Ogos 20XX

 Aku tidak dapat menahan lagi. Aku harus mengetahui jawapan yang sudah terbenak dalam fikiran aku sejak sekian lama hari ni juga. Terasa amat tertekan apabila aku merasakan kemerdekaan ini tidak ada nilai lagi walaupun aku tahu tidak mungkin itu benar. Maka aku pun menceritakan perkara ini kepada senior aku. ‘ Bang, adakah kemerdekaan itu memang wujud dan boleh dicapai?’. Maka dia terdiam seketika memikirkan jawapan yang sesuai. Aku merenung lama mukanya sehingga akhirnya terukir satu senyuman darinya. Dia pun menjawab ‘ abang akan ulang apa yang Saidina Rib’ie bi n A’mir katakan kepada panglima Parsi,Rustum; Allah telah mengutuskan kami untuk mengeluarkan manusia daripada penyembahan sesama makhluk kepada penyembahan Allah Ta'ala, daripada kesempitan dunia kepada dunia yang lapang, daripada kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam. Itulah kemerdekaan yang hakiki’. Hatiku terus terbentak mendengar jawapan itu, aku terus balik ke bilikku dan terus menangis kesedihan dalam masa yang sama juga ku menangis kegembiraan. Aku gembira kerana akhirnya aku mendapat jawapan yang aku tercari-cari selama berpuluh tahun ini dan sedih kerana aku baru tersedar yang diriku sebenarnya masih belum merdeka. Malam itu aku bertekad, sudah tiba masanya aku mendapat kemerdekaan yang sebenar.....

31 Ogos 20X3

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana masih memberi aku peluang untuk menyambut ulang tahun kemerdekaan Malaysia buat kali XX. Sehingga sekarang masih aku ingat dengan jelas kata kata naqib aku dan sejak itulah aku mula mengubah diriku sedikit demi sedikit. Syukur kerana Allah memilih aku dalam kalangan yang mendapat hidayah dan kesedaran yang sebenar tentang Islam. Walaubagaimanapun , masih ramai lagi rakyat Malaysia tidak bertuah sepertiku, mereka gembira menyambut kemederkaan tanpa menyedari yang mereka sebenarnya masih dalam jajahan kejahilan dan kekufuran sepertimana aku yang dahulu. Maka, atas rasa kasih sayang, akan aku menggunakan segala jiwa dan raga aku untuk membebaskan rakyat Malaysia menuju kemerdekaan yang hakiki. Dengan ini, sambutan kemerdekaan setiap 31 Ogos bukan hanya untuk meraikan kemederkaan Malaysia, tetapi sebagai peringatan kepadaku untuk berjuang menjadikan semua rakyat malaysia ini sebagai anak merdeka!!

Wallahualam.

Allah memberikan satu misal perbandingan: Seorang hamba lelaki yang dimiliki oleh beberapa orang yang berkongsi yang bertentangan tabiat dan kemahuannya dan seorang hamba lelaki yang lain hanya dimilik oleh seorang sahaja; adakah kedua-dua hamba itu sama keadaannya (Tentulah tidak sama). Ucaplah: Alhamdulillah (sebagai bersyukur terhadap penjelasan soal tauhid itu) bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik) tidak mengetahui (hakikat tauhid). [al-Zumar : 29]

Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaKu. [al-Dzariyat : 29]

No comments:

Post a Comment