Adam Grant mengumpul 300 penjual dan menyuruh mereka menyelesaikan ujian personaliti
untuk mengukur kedudukan mereka dalam introvert-extrovert spektrum dalam skala 1-7. Selepas
itu, beliau memantau jualan mereka untuk 3 bulan. Keputusan yang diperoleh: jualan kumpulan
introvert tidaklah memberangsangkan, hanya $120 sejam berbanding dengan extrovert, $125 sejam.
Namun, jualan purata tertinggi jatuh kepada kumpulan ketiga, ambivert.
Ambivert ialah kumpulan yang berada tengah-tengah antara inrovert dan extrovert. Dalam eksperiment tersebut, kumpulan ambivert ini menjual dengan purata $155 sejam! Malah, penjual dengan jualan tertinggi, iaitu $208 sejam, berada dalam kedudukan 4, betul-betul di tengah skala
into extro itu.
Kenapa begini? Ini kerana sifat seorang penjual extrovert itu, yang terlalu memaksa jualannya kadang-kadang membuatkan seseorang itu tidak selesa. Sifat terlalu banyak bercakap dan kurang mendengar juga menyebabkan mereka tidak memahami kehendak pelanggan yang akhirnya membuatkan pelanggan lari daripada mereka. Ini tidak bermaksud introvert lebih baik. Sifat mereka yang terlalu takut, malu dan tidak pandai memulakan perbualan menyebabkan jualan mereka lebih kurang daripada extrovert. Pertengahanlah yang terbaik.
Sebagai seorang muslim, apa pengajaran yang kita boleh ambil dari eksperimen tersebut Eksperimen ini sebenarnya merupakan berita gembira bagi kita,manusia biasa yang bergelar muslim kerana ini bermakud secara puratanya, kita merupakan jurujual/muslim yang terbaik dalam agama ini. Contoh, seorang muslim yang mengajak manusia ke arah kebaikkan, kebanyakkan mereka akan bermula dengan sifat introvert, menunjukan qudwah terlebih dahulu(more action than word).
Namun, ini sahaja tidak cukup. Dia haruslah mengajak mereka juga secara terus-terang kerana
kerana perkataan juga memberi kesan yang mendalam kepada individu tersebut. Oleh itu, kedua dua
sifat ini penting dalam mengajak manusia namun muslim yang terbaik ialah mereka yang dapat
mengimbangi 2 sifat tersebut.
Allah telah berfirman:
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga " Adn ". Itulah kemenangan yang besar. (As-Saff, 10-12)
Dalam buku To Sell Is Human, penulis mengatakan bahawa terdapat dua jenis perniagaan dan salah satunya ialah moving others, iaitu pelanggan mengorbankan perhatian, masa dan tenaga untuk mendapat sesuatu.Begitulah kehidupan kita ini, satu perniagaan. Kita mengajak manusia untuk mengorbankan perkara-perkara tersebut untuk mendapat keredhaan Allah. Kita beriman, berjuang dan menegakkan agama ini
dengan harta,masa dan tenaga kita dan Allah membayarnya dengan syurga yang tidak ternilai
harganya. Bukankah ini perniagaan yang mengutungkan?
Kesimpulannya, sifat ambivert ini sebenarnya ada dalam diri kita. Ini kerana sepertimana ambivert mendapat purata tertinggi dalam jualan, begitulah juga sifat ambivert ini dikatakan terdapat dalam hampir SEMUA manusia. Bila dikatakan umat, ia bermaksud manusia yang sangat ramai. Walaupun anda menganggap anda orang biasa, biasa itulah yang TERBAIK untuk manusia. Firman Allah:
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma`ruf, dan
mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah.
Wallahualam.
Sumber rujukan:
To Sell Is Human, Daniel H.Pink
No comments:
Post a Comment