Islam perlu
ditegakkan dari bawah ke atas untuk memberikan kesan yang kukuh dan lebih
kekal. Merujuk kepada cara yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W pada
awal kelahiran Islam, jalan inilah yang telah berjaya menjadikan Islam sebagai
penguasa dua per tiga dunia. Bermula dengan kenalan rapat dalam penyebaran
Islam secara sulit hingga seluruh masyarakat jahiliyah Arab dengan dakwah
secara terang-terangan. Dapat lihat di sini bahawa pendidikan telah digunakan
dan bukannya Islam tertegak melalui kuasa untuk menundukkan manusia.
Persoalannya,
di manakah Islam itu sendiri? Adakah apabila satu negara yang mempunyai khalifah
muncul, itukah tanda Islam? walaupun rakyat negara tersebut tidak senang dengan
Islam.
Mengikut
pada maratib ‘amal, Islam itu ada dalam tubuh badan manusia itu sendiri. Dengan
itu, Islam dapat dikembangkan hingga ke tahap Ustaziyatul Alam. Yang pernah
terjadi seketika dulu apabila Islam menjadi rujukan dunia. Jadi, mengapa kita
tidak mahu gunakan panduan dan merujuk kepada kejayaan yang pernah dilakar? Ramai
yang inginkan hasil segera dan tidak mahu merasa kesakitan yang berpanjangan.
Negara
sekular Turki telah dijadikan contoh untuk menegakkan Islam bermula dari atas
ke bawah (top to bottom). Ada yang
memikirkan apabila berada di atas, dapat menggubal undang-undang, menjadi pihak
berkuasa akan menjadikan penyebaran Islam itu lebih senang. Perlu ditekan Turki
dan Malaysia ialah dua identiti negara yang berbeza. Tidak dapat dinafikan
Turki menjadi negara maju yang ditakbir oleh pemimpin Islam, tapi Erdogan itu
sememangnya bermula dari sekular dan diangkat melalui sekular juga.
Apa yang
kita mahukan? Tidakkah Islam yang dikekalkan dan terus subur dalam dunia ini?
Besar cita-cita tersebut dan tidak terbayar jika umat Islam tidak mahu
berkorban dan bersakit untuk melalui jalan panjang ini. Jalan yang membawa
kesan yang perlahan tetapi kekal lama. Menjadikan manusia ada pendirian diri
dan tidak mudah dibolak balikkan oleh ancaman musuh yang meyerang dari setiap
sudut.
Berbalik
pada cara semula jadi untuk mendirikan Islam, teguhkan Islam dalam diri
seseorang terlebih dahulu. Perbaiki akhlak dan memahamkan tentang Islam yang
perlu disebarkan oleh setiap yang memahami keperluan dakwah. Seorang demi
seorang hingga batu bata ini lengkap untuk mendirikan sebuah bangunan Islam.
dan proses untuk menerbitkan sesebuah bata itu memerlukan kesabaran dan usaha
yang tinggi.
Kita
diinggatkan untuk mengubah umat ini,
“Sesungguhnya
Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang
mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (13:11)
Umat itu
bagaikan bangunan dan setiap individu sebagai batu-bata, untuk mengubah umat
tidak lari daripada mengubah seorang umat Islam itu dahulu.
No comments:
Post a Comment